Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Almari Pengering LG Styler & Mesin Basuh LG WashTower Dilancarkan, Para Isteri ‘Confirm’ Suka!

by Phic ARMAN
December 9, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, LG Electronic melancarkan penyelesaian dobi terbarunya, yang disebut “LG WashTower“. Ia merupakan mesin basuh dan pengering. Digabungkan dalam satu unit, dilengkapi dengan teknologi dan ciri pintar terkini LG.

Ia juga menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju dalam satu unit yang cekap ruang untuk memberikan kemudahan yang lebih besar.

LG WashTower mampu melakukan penjagaan pakaian yang komprehensif dan menawarkan kemudahan optimum bagi pengguna. Alat rumah baru yang inovatif ini akan tersedia di seluruh dunia tahun ini, bermula di Amerika Utara.

“LG WashTower yang inovatif namun praktikal membawa pengalaman pengguna dan hasil cucian ke peringkat seterusnya dengan konsep baharu penyelesaian pencuci dan pengering pakaian bersepadu. Saya percaya LG WashTower akan meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia mencuci pakaian  di rumah ke tahap yang lebih tinggi,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Dan satu lagi produk baharu yang diumumkan LG Malaysia adalah almari pengering LG Styler khas untuk pakaian-pakaian yang memerlukan penjagaan lebih rapi. Pakaian-pakaian yang dimasukkan akan melalui proses pencucian kering, serta akan diwapkan dan disanitasi.

Untuk dua produk ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi LG ThinQ bagi mengawal serta menerima notifikasi proses pembasuhan dan pengeringan. Lebih dari itu, pengguna juga akan menerima kemaskini perisian untuk kelengkapan ini, dan juga kemaskini tetapan dari segi jenis fabrik serta pakaian.

Topik Berkaitan “Kami Simpan Rahsia Lama” – Siti Saleha Akhirnya Dedah Hamil Anak Sulung, Suami ‘Kembung’ Sama

Kedua-dua LG WashTower dan LG Styler ini dijual pda harga RM 13,999 dan RM 8,499. Untuk masa terhad sehingga akhir tahun, LG WashTower ditawarkan pda harga promosi RM 12,999 manakala LG Styler ditawarkan pada harga RM6,399.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
LGSiti saleha
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara