Friday, June 27, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Alami ‘Stiff Person Syndrome’, Celine Dion Sebak Terpaksa Tunda & Batal Konsert

by Arsiqin Yusof
December 9, 2022
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Persada hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita duka tentang penyanyi hebat, Celine Dion mengalami penyakit Stiff-Person Syndrome.

Hal itu dikongsi sendiri oleh penyanyi My Heart Will Go On itu menerusi video di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

Menurut Celine, 54, dia sudah lama mengalami masalah kesihatan dan sering berasa sukar untuk bercakap mengenainya sebelum ini.

Alami Kesan Teruk

Namun, penyakit kekejangan otot yang tidak dapat diubati dihidapinya itu telah memberi kesan kepada pelbagai perkara dalam kehidupannya.

“Saya didiagnosis menghidap penyakit saraf iaitu ‘Stiff-Person Syndrome’ yang jarang-jarang berlaku pada kebanyakan orang. Saya masih belajar tentang kondisi ini, ia menyebabkan saya mengalami kejang dan mempengaruhi aspek kehidupan seharian saya.

“Kadang-kadang ia menyebabkan saya mengalami kesulitan untuk berjalan dan tak mengizinkan untuk saya menggunakan suara untuk menyanyi seperti biasa,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Céline Dion (@celinedion)

Tunda Konsert Ke Tahun 2024

Justeru, Celine terpaksa menunda konsert jelajah Eropah yang dijadualkan berlangsung mulai Februari tahun hadapan. Dalam pada itu, lapan konsert ketika musim panas 2023 terpaksa dibatalkan.

“Jadi, saya masih belum bersedia untuk konsert jelajah saya di Eropah pada Februari. Saya sedang bekerja keras dengan doktor-doktor, anak-anak saya juga memberi sokongan.

“Saya rindu anda semua, saya rindu buat persembahan depan anda semua. Saya selalu memberikan seratus-peratus ketika menyanyi, tetapi apakan daya, keadaan saya sekarang tidak mengizinkan saya berbuat demikian,” katanya lagi.

Berdasarkan carian di laman web Hopkins Medicine, Stiff-Person Syndrome adalah penyakit berkaitan saraf dan kekejangan otot yang jarang dihidap manusia dan hanya dialami oleh satu atau dua dalam sejuta orang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

celine dion
https://lomp.at/qqmpe
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    Alami ‘Stiff Person Syndrome’, Celine Dion Sebak Terpaksa Tunda & Batal Konsert

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem