Isu Bonggol Jalan Depan Unisel, Najwan Halimi Tampil Bersuara

62
KONGSIAN

Isu yang tular mengenai bonggol jalan di depan Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam ini, turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menerusi ciapan beliau di laman Twitter.

Mahu MBSA Ambil Peduli

Melihat ciapan Adun Kota Anggerik ini di laman Twitter, beliau berharap isu yang tular membabitkan bonggol jalan berdekatan Universiti Selangor dapat menarik perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan sekaligus bersuara tentang status pembinaan jejantas di depan universiti tersebut.

“Merujuk kepada isu bonggol berdekatan Kampus UNISEL Shah Alam di seksyen 7 yang tular malam ini, saya ingin menarik perhatian pihak @sacitycouncil tentang status pembinaan jejantas di depan UNISEL di Persiaran Institut (kini dikenali sebagai Persiaran Arshad Ayub).” Ciapnya

via Twitter Najwan Halimi

Peruntukan Lulus Tapi…

Dalam bebenang ciapan ahli politik ini, Najwan mendedahkan bahawa peruntukan pembinaan jejantas di depan Unisel kampus Shah Alam telah diluluskan susulan terdapat kes kemalangan maut melibatkan seorang pelajar universiti berkenaan pada tahun 2019.

“Saya difahamkan kelulusan peruntukan untuk membina jejantas tersebut adalah susulan dari kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar UNISEL, Allahyarham Saidatul Ain Nabila Rosli pada Mei 2019.” Ciapnya

Namun setelah tiga tahun berlalu tiada binaan jejantas yang siap, sebaliknya bonggol jalan yang tinggi pula dibina semalam sehingga hampir menyebabkan kemalangan berlaku pada pemandu jalan raya.

“Telah lebih tiga tahun berlalu sejak kelulusan pembinaan jejantas tersebut, namun sehingga hari ini projek tersebut masih belum dimulakan.

Saya difahamkan sebuah bonggol pula yang telah dibina mulai semalam bagi menggantikan jejantas yang sepatutnya dibina pada tahun 2020.” Ciapnya lagi

via Twitter Najwan Halimi

Mahu Datuk Bandar Pertimbang Projek Jejantas

Berikutan itu, Najwan berharap agar Datuk Bandar Shah Alam yang baru iaitu Dr Nor Fuad Abdul Hamid, dapat mempertimbangkan semula projek pembinaan jejantas apatah lagi ia dapat memberi manfaat serta keselamatan buat penduduk setempat dan para pelajar Universiti Selangor.

“Saya berharap pihak @sacitycouncil yang kini diterajui oleh Datuk Bandar yang baharu agar dapat mempertimbangkan semula pembinaan jejantas yang telah diluluskan peruntukan pada 2019.

Pada hemat saya, pembinaan jejantas tersebut bakal memberikan banyak manfaat terutamanya dari aspek keselamatan kepada penduduk setempat khususnya para pelajar UNISEL.” Ciap beliau

Netizen Persoal MBSA

Ciapan Najwan Halimi ini mendapat perhatian warganet di media sosial, ramai  juga yang mempersoalkan tentang isu pembinaan jejantas yang sepatutnya dibina pada lebih tiga tahun lalu.

“Bajet dah lulus 2019. Tapi tak buat.. Jadi bajet tu ke mana? Mohon @SPRMMalaysia siasat @sacitycouncil ke mana bajet 1 juta tu? @AmirudinShari mohon siasat MBSA apa cerita bajet 1 juta yang dah lulus tu? Ke lulus dalam kertas saja?”

“Bajet sejuta untuk jejantas tapi bonggol yang dapat”

“Bajet dah lulus tapi tak bina-bina. Bina bonggol tanpa melihat bahagian keselamatan. Dah 3 tahun lulus tapi tak bina jejantas tapi YB dan MB senyap.” Ciap warganet

via Twitter Najwan Halimi

“Ini MBSA kena jawab lah. @AmirudinShari. Demi keselamatan, apalah nilai duit. Bila apa-apa jadi dan nyawa melayang, baru semua nak jadi HERO. Ayuh MBSA.. Kami perlukan tindakan. Bukan bonggol.”

“Tak faham aku.. Bajet lulus tapi tak bina. Yang dapat bonggol tinggi, menyusahkan pemandu. Banyak lah kereta yang rosak nanti.”

“Ada orang buat duit tepi ni..” Ciap mereka

MBSA Tutup Jalan

Murai menjengah ke laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pihak bandaraya telah memuatnaik status baharu berhubungan dengan isu bonggol di hadapan Unisel.

Melihat hantaran tersebut, pihak MBSA memaklumkan jalan tersebut ditutup buat sementara bagi kerja-kerja penambaikan di kawasan berkenaan.

“Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub dihadapan Unisel di tutup sementara untuk kerja-kerja penambahbaikan lintasan pejalan kaki yang dalam proses di naiktaraf.

Buat masa ini laluan trafik dilencongkan ke Jalan Tungsten 7/23, seksyen 7 terus ke Persiaran Kayangan. Jalan yang ditutup akan di buka semula setelah kerja-kerja penambaikan siap dilaksanakan.” Jelas MBSA

via Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Diharap kerja naiktaraf dapat diselesaikan secepat mungkin dan isu berkaitan pembinaan jejantas mendapat perhatian pihak berwajib negeri Selangor.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN