Nina Ismail Sabri Dedah Hubungannya Dengan Jovian Mandagie Pernah Dapat Tentangan

416
KONGSIAN

Pada setiap tahun, 11 Disember merupakan tarikh yang sangat bermakna pereka fesyen terkenal dan menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri iaitu Datuk Jovian Mandagie bersama isterinya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, apatah lagi 2022 genap 9 tahun usia perkahwinan mereka.

Pernah Ditentang Rakan-Rakan Ketika Di Awal Perhubungan

Menerusi hantaran di Instagram, isteri kepada Jovian, Nina Sabrina mendedahkan bahawa hubungannya bersama Jovian pernah mendapat tentangan oleh beberapa orang rakan di awal perhubungan mereka.

“Ada sesuatu yang saya tidak pernah kongsikan dengan sesiapa pun. Dalam beberapa bulan pertama hubungan kami, beberapa orang rakan menentangnya,

tetapi sudah tentu, saya meyakinkan mereka bahawa saya mempunyai 100% kepercayaan terhadap lelaki ini, dan sepanjang perjalanan, mereka jadi sangat menyokong kami.”-Tulis Nina

Dibanjiri Komen Netizen

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai menitipkan ucapan tahniah dan doa di ruangan komen bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan Jovian dan Nina.

“Blesses anniversary to the both of you ❤️ @jmandagie @ninaismailsabri.”-Daphne Iking

“Absolutely spot on! May both of you always have that love, trust, compromise, and respect for each other. Happy Anniversary Nina & Jovian.”

“Happy anniversary both of you. Semoga bahagia hingga ke Jannah.”

Sekadar info, Jovian Mandagie dan Nina Sabrina telah berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN