• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Pakai Jersi Kedah Ke Stadium Piala Dunia Qatar, Lelaki Ini Ditahan Kerana Dianggap Sokong LGBT

by Phic ARMAN
December 13, 2022
Share on Facebook

Siapa menduga, impian mahu menonton Piala Dunia 2022 hampir musnah hanya kerana kerana jersi yang dipakai? Itulah yang hampir menimpa seorang lelaki warga tempatan. Saluran YouTube Dari Tepi Padang berkongsi bagaimana lelaki dari Johor, Zulfadli, ditahan di pintu stadium kerana anggota keselamatan menganggap jersi pasukan bola sepak Kedah yang dipakainya ada kaitan dengan unsur LGBT.

Pengacara saluran itu, Dato’ Jasni Shafie menjelaskan,

“Menurut abang Zul, dia dihalang masuk ke stadium kerana memakai jersi ini, kerana disyaki ada unsur LGBT.”

Seperti yang dilihat dalam video, jersi itu terdiri daripada warna merah, kuning dan hijau, dan mempunyai tulisan ‘Chenang Bay’.

“Mungkin mereka nampak ‘Chenang Gay’,” seloroh Dato’ Jasni.

Insiden ini berlaku pada hari perlawanan akhir Jerman di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

“Saya dihalang anggota keselamatan stadium kira-kira 30 minit untuk proses siasatan mereka. Pada mulanya saya tidak tahu apa sebabnya sehingga menghalang saya. Menurut mereka, mereka keliru dengan jersi yang saya pakai ini kerana mereka kata saya menyokong komuniti LGBT,”

“Jadi, saya terpaksa menunggu di bilik siasatan selama 30 minit, mereka mengambil gambar dan menghantarnya kepada pihak pengurusan stadium untuk proses soal siasat,” katanya.

Dia terpaksa menggunakan Google untuk menunjukkan bahawa jersi itu hanyalah jersi pasukan bola sepak.

VIA Vocket FC

“Walaupun selepas melihat ini, mereka tidak percaya. Mereka menunggu pihak pengurusan sama ada mereka akan membenarkan saya menonton perlawanan Jerman atau tidak. Tapi Alhamdulillah syukur, mereka membenarkan saya menonton perlawanan malam itu,” katanya lagi.

Dia dan Dato’ Jasni kemudiannya memuji pihak pengurusan dan pasukan keselamatan atas usaha mereka menghalang mesej LGBT daripada dilihat semasa perlawanan Piala Dunia di Qatar.

Anda boleh lihat episod Dari Tepi Padang di sini:

YouTube video
piala dunia
https://lomp.at/mvssq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore