Pelakon, Fezrul Khan sebelum ini menjadi perhatian selepas didakwa mencekik pelakon wanita di lokasi penggambaran sehingga mengundang kesakitan dan rasa tidak puas hati dari aktres berkenaan.
Sempat Beri Pujian Terhadap Kualiti Lakonan Nabila Huda
Terkini, Fezrul dilihat memuatnaik sebuah hantaran Di TikTok, berbaur sindiran terhadap seseorang individu serta memberikan pujian terhadap kualiti lakonan pelakon, Nabila Huda.
“Jauh lagi level acting budak tu nak up, kontroversi je dia mampu. A-class level @nabilahuda.”-Tulis Fezrul
@fezrulkhan Jauh lg level acting budak tu nak up, controversy je die mampu .A class level @Nabila Huda actresss
“Ingatkan Dah Tutup Cerita”
Tidak menyebut kepada siapa sindiran tersebut ditujukan, namun para netizen di ruangan komen seolah-olah mengetahui siapa individu yang dimaksudkan, malah ada yang berseloroh terhadap pelakon drama Dendam Cinta Arissa yang dikatakan masih belum ‘move on’.
“Hahaha..Abang tak move on lagi ke?.”
“Dah la tu bang.”
“Lama ek nak move on.”
“Pelakon zaman sekarang tak boleh kena cekik bang. Pelakon dulu-dulu je steady.”
“Ingatkan dah tutup cerita.”
Dipetik dari laporan Kosmo, aktres Reen Rahim menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi memperbesar-besarkan isu dicekik Fezrul Khan di lokasi penggambaran filem Batu Syaitan, malah dia sudahpun memaafkan aktor lelaki itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.