Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jangan Bagi Duit Kepada ‘Begpackers’? Travel Vlogger Ini Kongsi Sebabnya

by Phic ARMAN
December 14, 2022
8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular video di laman tiktok menunjukkan seorang pelancong dari luar negara berdiri di tepi jalan sambil memegang sepanduk. Dalam video itu dlihat lelaki itu menulis dia memerlukan duit untuk membeli makanan. Pengguna Tiktok yang merakam video ini berkata lelaki ini berada di stesen isi minyak Shell batu 9 dan berharap orang ramai dapat menhulurkan bantuan.

“Dia memerlukan duit untuk makan. Kalau rasa ikhas dari hati untukmembantu sila kan. Shell batu 9. Hidup macam roda kadang dekat atas kadang dekat bawah. Bila senang lupa segalanya. Tapi bila senang tau kan sapa nak cari..tu la kehidupan..please jgn hipokrit ok”- tulisnya

@olalala9099

dia mermelukan duit tok makan..kalau rasa ihklas dari hati tok membantu sila kan..shell batu 9..hidup mcm roda kadang dkt atas kadang dkt bwh..bila senang lupa segalanya..tapi bila senang tau kan sapa nak cari..tu la kehidupan..please jgn hipokrit ok..#duniakejamdsebatkanmanusia #duniaxpernahadil

♬ original sound – bell? – Ichaaa

Video ini telah mendapat berbagai reaksi dari netizen malah ramai yang kurang percaya dengan golongan warga asing seperti ini. Sebaliknya, mereka menasihati orang ramai membawa golongan ini ke kedutaan negara masing-masing sebagai jalan penyelesaian.

Sementara itu, pengguna laman TikTok dengan akaun bernama @ReinaLum berkongsi video ini dan menasihati rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya. Wanita ini berkata, rakyat Malaysia memang terlalu baik sehingga makan diri.

Orang Malaysia Ini Baik Tapi Tak Bertempat

@reinalum

#stitch with @olalala9099 Org Msia ni mmg terlalu baik spi mkn diri ? #viralmalaysia #fypmalaysia #tiktokmalaysia #begpacker #whiteprivilege #traveltiktok #tourismindustry

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

@reinalum

#stitch with @olalala9099 Org Msia ni mmg terlalu baik spi mkn diri ? #viralmalaysia #fypmalaysia #tiktokmalaysia #begpacker #whiteprivilege #traveltiktok #tourismindustry

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

“Baiknya hati orang Malaysia kan? Tapi mereka tengah ambil kesempatan kebaikan kita semua. Kenapa saya cakap macam ini? Sebab saya dah banyak kali travel ke negara mereka. Tahu tak betapa susahnya nak dapat VISA, kebenaran untuk menjejak kaki ke negara mereka. Padahal mereka nak datang negara kita, VISA pun tak payah! “

Wanita ini menggelarkan golongan ini sebagai “begpackers”. Isu warga asing ini mengemis di jalanan di Kuala Lumpur telah menimbulkan kemarahan segelintir pihak yang mempersoalkan mengapa mereka dibenarkan mengemis dana daripada orang ramai begitu sahaja, agar mereka dapat meneruskan perjalanan mereka.

“Kalau mereka beli flight yang mahal dari negara mereka ke seluruh Asia, mesti mereka ada wang untuk beli tiket balik ke negara asal mereka bukan? Percayalah sebenarnya mereka berduit”- katanya lagi.

Terdahulu menerusi BH, bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ,Muhammad Bakhtiar Wan Chik telah memberi amaran kepada ‘begpackers’ supaya tidak mengambil kesempatan di atas kemurahan hati rakyat Malaysia dengan mengemis wang untuk membiayai percutian mereka.

Beliau berkata pelancongan adalah industri yang sepatutnya menjana pendapatan daripada perbelanjaan yang ditanggung oleh pelancong, dan bukannya sebaliknya.

“Jika mereka datang ke sini untuk mengambil kesempatan atas kemurahan hati rakyat Malaysia, maka kita tidak seharusnya menggalakkan kumpulan pelancong ini ke sini. Kita tidak sepatutnya membiayai pelancong ini untuk berada di sini”- katanya.

Apa komen anda, adakah anda bersimpati dengan golongan ‘begpackers’ ini?


What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"
tiktok
https://lomp.at/k6rqx
Share3183Tweet1990SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem