Minggu hadapan siri “Emily in Paris” bakal ditayangkan untuk musim ketiga. Seperti yang ramai sedia maklum, watak ‘Emily’ yang dilakonkan oleh Lily Collins ini sememangnya menceriakan dan menghidupkan seluruh siri ini.
Bukan hanya dengan dengan konflik dan jalan ceritanya saja; malah siri ini menjadi lebih hit apabila pencinta fesyen tertunggu-tunggu melihat setiap fesyen Emily sendiri.
Daripada jenama fesyen eksklusif, pakaian berwarna-warni, kasut, beg tangan hingga ke aksesori lain, watak Emily sememangnya pandai bermain dengan fesyen mix and match.
Untuk entri kali ini Miss Murai kumpulkan beberapa fesyen Emily sepanjang musim sebelumnya yang sesuai kamu gayakan semasa pergi kerja.
Color Blocking
Kalau kamu perasan, Emily sering menggunakan color blocking dalam hampir setiap gayanya untuk tampil lebih menonjol daripada yang lain. Jadi saranan Miss Murai, kamu patut keluar dari zon selesa dan cuba gaya ini.
Sebagai permulaan Miss Murai cadangkan kamu untuk cuba padankan sweater, cardigan atau apa-apa pakaian atas dalam rona yang cerah seperti biru langit. Kemudian padankan bersama dengan skirt, seluar, atau pakaian bawah yang lain dalam warna yang agak terang seperti merah.
Trench coat
Selain Emily, Mindy, Camille dan beberapa watak lagi sering gayakan trench coat dalam siri ini. Kamu boleh padankan warna trench coat sama dengan pakaian kamu atau padukan dengan warna yang lain. Ikut selesa dan mood kamu okay?
Beret
Antara aksesori ikonik yang sering kita nampak dalam “Emily in Paris” adalah beret Emily yang berona merah terang, kuning . Tapi kamu boleh tukar warna beret ke warna kegemaran kamu tau.
Bucket Hats & But
Pergi kerja pun, kamu boleh gayakan fesyen jalanan. Apa yang Miss Murai sarankan adalah mini dress, bucket hat dan knee-high boots seperti Emily. Memang cantik dan sangat ringkas!
Overall memang nampak cute sangat, sambil-sambil itu bolehlah kamu feeling seperti watak utama “Emily in Paris” bila pergi kerja. Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.