• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Bosan Dengan Deko Rumah Kamu? ‘Curi’ Idea Mahal Puteri Diana Hias Istana Kensington

by Soph Azz
December 16, 2022
Foto - Architectural DIgest

Foto - Architectural DIgest

Share on Facebook

Ramai yang tahu Puteri Diana bukanlah seorang wanita biasa. Memiliki kecantikan yang luar biasa, dikenali sebagai ikon fesyen malah mendapat tempat dalam hati rakyat kerana sikap penyayangnya!

Walaupun kita sering disajikan dengan cerita-cerita dan keistimewaan sepanjang hidupnya, ramai yang sebenanrnya tak tahu bahawa Puteri Diana ini seorang penghias yang berbakat.

Melihatkan seleranya dalam fesyen membuatkan ramai yang yakin dan tidak hairan jika wanita ini memiliki kelebihan dalam menghias rumah. Seperti yang kita tahu, Puteri Diana telah tinggal di Istana Kensington sebaik sahaja berkahwin dengan Putera Charles. Dan sejak daripada itu, bermulalah episodnya menghias tempat tinggal barunya itu.

Foto – Showbiz Cheat Sheet

Nak tahu apakah yang dihiaskan olehnya dan apa yang kamu boleh ikut daripada idea dekonya? Baca di bawah;

Untuk pengetahuan kamu, Puteri Diana ‘berkerjasama’ dengan pereka dalaman terkenal Dudley Poplak untuk merealisasikan impiannya dalam dekorasi.

  • Ruang Tamu 

Pertama sekali, dinding di ruang tamu dicatkan dalam warna kuning pucat dan digantung pula permaidani Flemish sebagai hiasan. Manakala karpet yang diperincikan dengan warna hijau dan oren serta corak bunga pula menghiasi lantai oleh Puteri Diana.

Foto – The Sun

Tak dilupakan gambar keluarga di atas meja sebagai hiasan dan pelengkap ruang tersebut.

Foto – Daily Mail UK
  • Ruang bersosial atau bekerja

Memandangkan seorang puteri turut memiliki kerja-kerjanya, Puteri Diana memilih ruang bersosial sebagai tempatnya untuk bekerja. Secara khasnya, di ruangan ini Puteri Diana telah memilih warna-warna yang feminin.

Foto – Pop Sugar

Bahagian dinding menggunakan kertas dinding berona biru lembut, sofa pula berona smoky pink dan rak buku berona putih klasik.

Foto – Pop Sugar
  • Ruang makan 

Foto – Hundred Rooms

Berbeza daripada ruang-ruang lain dalam rumah, ruang makan menggunakan rekaan yang lebih berani. Di sini Puteri Diana memilih aksen Timur; sebahagian besar perabotnya berwarna gelap dengan hint emas.

  • Bilik tidur anak-anaknya 

Tidak sebilik dengan anak-anaknya, Putera William dan Putera Harry; Puteri Diana memilih Dragons of Walton Street iaitu pakar dalam dekorasi bilik kanak-kanak dan taska.

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya
Foto – The Irish Sun

Bilik tidur ini dilengkapkan dengan warna dinding yang lembut, karpet bercetak comel dan dua kerusi yang diperbuat daripada rotan serta kayu. Manakala di bahagian dinding pula, Puteri Diana menggantung setiap karya seni yang dilakukan oleh dua puteranya.

Foto – Veranda

Kalau kamu perasan setiap ruang yang dihias oleh Puteri Diana sangat berbeza. Setiap satunya ada fungsi dan maksud yang tersendiri. Apa pendapat kamu, sangat klasik dan kotemporari kan?

idea deko puteri dianaistana kensingtonputeri diana
https://lomp.at/cp1nx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

Lagenda ‘Driving Home For Christmas’ Kini Tinggalkan Legasi Abadi

by Ayu Kamaruddin
December 24, 2025

Pemergian penyanyi legenda Christopher Anton Rea atau Chris Rea, figura di sebalik lagu Krismas ikonik Driving Home For Christmas, mengundang...

Read moreDetails
Inspirasi

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Hebat Bersama Yayasan Nurjiwa

by Phic ARMAN
December 24, 2025

Penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila Yayasan miliknya, Yayasan Nurjiwa, menerima Anugerah Yayasan Terbaik...

Read moreDetails
Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
Inspirasi

Kenali Bergson Da Silva ‘Raja Gol’ JDT, No.9 Harimau Selatan

by Ayu Kamaruddin
December 20, 2025

Nama Bergson Da Silva bukan lagi asing dalam landskap bola sepak tempatan. Penyerang import Johor Darul Ta’zim ini terus mencipta...

Read moreDetails
Inspirasi

Kenali Pearly Tan & M. Thinaah, Beregu Wanita Galas Emas Untuk Negara

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Nama Pearly Tan Koong Le, 25 dan M. Thinaah Muralitharan, 27 kini bukan lagi asing dalam dunia badminton antarabangsa. Detik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore