Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Memang Menggoda Betul Warna Gincu Koleksi Hermès Beauté A/W22, Tengoklah Harganya

by Lisa Ghani
December 16, 2022
Foto - Hermès Beauté

Foto - Hermès Beauté

11
KONGSIAN
Share on Facebook

“Hadiahkan saja set kosmetik untuk si dia yang kaki makeup, confirm senyum sampai telinga.”

Cantik tak terkata warna gincu untuk Koleksi Hermès Beauté A/W22 sempena musim percutian ini.

Musim ini, Hermès Beaute menjemput kamu untuk meraikan koleksi edisi terhad untuk bibir dan kuku. Tapi yang Miss Murai nak tekankan adalah gincu bibir Hermès yang menjadi idaman setiap wanita. Tengok sahaja warna dan teksturnya, oh Ła Ła kamu jadi orang paling bahagia.

Direka oleh Pierre Hardy, pencipta Hermès Beauty dan pengarah kreatif untuk kasut dan barang kemas Hermès, yang mengetengahkan tiub botol dari warna manganese blue, pink copper dan green nickel membawa kamu ke dunia fantasi.

Koleksi ini dinamakan Rouge Hermès menawarkan tiga pilihan gincu, antaranya 76 Rouge Cinabre, 62 Rouge Feu dan 81 Rouge Grenat. Menampilkan tiga warna yang merah menyala yang mampu menerangi wajah dan penampilan si pemakai.

Rouge Hermès dicipta oleh oleh Christine Nagel, dan ini yang menarik pada gincu tersebut.

76 Rouge Cinabre

Foto – Hermès Beauté

Warna merah terang yang diilhamkan oleh mercury sulfide yang dikaitkan dengan dengan upacara ramalan dan lukisan dinding purba.

62 Rouge Feu

Foto – Hermès Beauté

Merah berapi-api dengan kemasan matte yang menggoda. Ilham daripada kesuburan lava yang meletus dari bumi.

81 Rouge Grenat

Foto – Hermès Beauté

Warnanya seakan merah lembayung (sejenis tumbuhan), antara merah dan ungu. Formula metalik dan matte menjadikan sesuai untuk wanita moden Hermès.

Cantikkan warna gincu ini? Jadi, apa kata reward atau hadiahkan pada yang tersayang. Tapi berapa harganya?

Koleksi edisi terhad Rouge Hermès terdiri daripada tiga gincu ini berharga RM390 setiap satu, terdapat di stor Hermès terpilih di seluruh dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hermeshermès beauté
https://lomp.at/evomb
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem