Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Syafinaz Gembira Peserta ATNM2 Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

by Arsiqin Yusof
December 21, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular isu salah seorang peserta program All Together Now musim kedua (ATNM2), Fieqa apabila ramai netizen menganggap dia memberi respon kurang manis ketika menjawab pertanyaan juri, Catriona Ross.

Hari ini, kapten juri program berkenaan, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi kenyataan mengatakan beliau gembira kerana Fieqa menerima tegurannya dan Catriona dengan hati terbuka.

“Saya gembira Adik menerima teguran saya dan Catriona dengan hati terbuka. Sebagai kakak-kakak yang lebih dewasa dan matang, adalah menjadi tugas kami untuk menegur dengan cara yang sebaik dan selembut boleh bagi memperbaiki kesilapan (secara sengaja mahupun tidak sengaja) adik-adik yang yang baru ingin berjinak dalam bidang ini khususnya, dan menyedarkan masyarakat secara amnya,” kongsi Syafinaz di Instagram Story.

Kesal

Dalam pada itu, Syafinaz berasa kesal kerana Fieqa menerima kritikan tidak sopan daripada netizen yang mengecamnya susulan kejadian di pentas program berkenaan.

“Tapi malangnya, nasihat itu hanya berhenti kepada adik Fieqa dan tidak sampai kepada netizen di luar sana berdasarkan pada cara penulisan mereka kepada adik sendiri.

“Setiap manusia sentiasa membuat kesilapan. Yang penting adalah keinginan dan usaha setiap individu untuk memperbaiki diri sendiri,” katanya.

Instagram Story – Syafinaz Selamat

Beri Ruang Untuk Fieqa

Justeru, Syafinaz menyeru wargamaya agar berhenti mengecam gadis tersebut dan memberi ruang kepadanya untuk memperbaiki diri.

“Saya amat bersimpati kepada adik kerana mendapat kecaman yang begitu hebat dari netizen. Buat semua, hentikan kecaman dan cara penulisan yang toksik ini. Berikan ruang untuk Adik Fieqa memperbaiki dirinya. Kita sambil iktibar dari situasi ini untuk memperbaiki diri kita sendiri,” jelasnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Syafinaz turut berkongsifoto tangkap layar menunjukkan Fieqa yang mendedahkan komen negatif netizen (ditutup identiti) terhadap dirinya.

Benar kata Syafinaz, semoga isu ini reda dengan cepat dan biarlah semua pihak berfikir secara positif.

Datuk Syafinaz Selamat
https://lomp.at/hz5yk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara