Baik yang muda atau tua, negara Jepun memiliki rakyat yang sangat menitikberatkan tentang kesihatan mereka. Bagi mereka, kesihatan adalah aspek yang penting dalam kehidupan untuk terus kekal sihat hingga akhir hayat.
Sekadar info, berdasarkan kajian rakyat Jepun, lelaki dan wanita, mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding negara lain. Lelaki Jepun mampu hidup hingga 80 tahun, manakala wanita pula, 86 tahun.
Disebabkan oleh itulah Miss Murai dapati kebanyakan rakyat Jepun memiliki bentuk badan yang kurus langsing, bukan yang muda saja tapi yang tua pun! Nak tahu apa rahsia mereka kurus dan kekal sihat tanpa mengira usia? Baca perkongsian di bawah;
Lebih gemar menggunakan bahan asas
Sangat simple, orang Jepun gemar menggunakan bahan makanan asas seperti ikan, sayur, soya, beras, buah dan teh hijau. Bagi mereka, makanan ini sangat cukup dan memiliki khasiat yang diperlukan oleh seseorang individu.
Tambahan pula, makanan asas ini akan membuatkan kamu kenyang dengan cepat dan berpanjangan. Jadi tidaklah kamu makan bertambah-tambah dalam satu masa.
Makanan segar dan masak di rumah lebih baik!
Berbanding negara lain, kebanyakan rakyat Jepun sangat suka makan makanan yang dimasak di rumah. Katanya makan di rumah lebih puas dan menggunakan bahan yang segar.
Kalau kamu pernah atau berkira-kira nak ke Jepun, cuba kunjungi pasar mereka. Memang best kerana banyak makanan segar seperti buah dan sayur yang baru dipetik, makanan laut ditangkap pada hari yang sama dijual di sana.
Cara masakan yang sihat
Bagi mereka yang nak diet atau jalani kehidupan yang sihat, Miss Murai syorkan kamu mula makan makanan yang menggunakan cara masakan yang sihat.
Bagi orang Jepun, mereka gemar amalkan cara masakan yang sihat seperti kukus, panggang dan saute. Kalau rasa nak menggoreng atau menumis, mereka akan guna minyak yang sihat; zaitun dan bunga matahari tau!
Wajib makan nasi & tinggalkan makanan manis
Berbeza daripada negara Barat, negara Jepun sangat suka makan nasi. Bagi mereka berbanding makan roti, lebih baik makan nasi kerana ia lebih mengenyangkan. Tapi setiap kali hidangan, mereka hanya makan semangkuk nasi penuh sahaja sebanyak dua kali sehari.
Pada masa yang sama, makanan manis pun kurang dimakan oleh mereka. Bukannya tak makan langsung tetapi mereka mengawal pengambilan makanan manis dalam kehidupan. Barulah badan maintain slim sehingga tua dan sihat!
Senaman perlu dilakukan secara berkala
Tak perlu kunjungi gim untuk lakukan senaman, orang Jepun sering bersenam dengan melakukan aktiviti yang mereka suka. Antaranya menunggang basikal, berjalan kaki, mendaki gunung dan berjogging.
Dah tahu kan rahsia kurus dan sihat orang Jepun? Jangan lupa untuk ikutinya, selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.