Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Iskandar Projector Band Dan Jasper Disatukan Dalam Lagu ‘Katakan Pada Dia’

by Aphit J.
December 25, 2022
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Iskandar Zulkarnain atau lebih mesra dikenali sebagai Iskandar Projector Band merupakan seorang vokalis yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair.

Menempa Nama Bersama Projector Band

via map music

Iskandar yang dikenali dengan vokalnya yang tinggi dan nyaring, kali ini dia berjaya meriliskan sebuah lagu duet iaitu ‘Katakan Pada Dia’ bergandingan dengan seorang pelakon dan penyanyi berbakat, Jasper Supayah.

Iskandar sebelum ini telah melancarkan lagu solonya yang berjudul Indah Intan pada Mac yang lalu. Difahamkan, Iskandar juga telah berjaya menempa nama bersama dengan Projector Band suatu ketika dahulu.

Finalis AXN ASIA’S GOT TALENT

Jasper James Supayah, seorang penyanyi wanita yang berbakat besar dalam bidang nyanyian ini turut berbakat dalam bidang lain yang diterajuinya iaitu sebagai seorang TV Host dan juga pelakon dalam industri seni tanahair.

Menerusi bidang nyanyian, Jasper pernah mencipta nama dengan menjadi salah seorang finalis dalam AXN ASIA’S GOT TALENT ‘Superstar Me’ 2014 dan berjaya menyertai Akademi Fantasia 2016.

Original Soundtrack Drama

via map music

Lagu berjudul Katakan Pada Dia ini dihasilkan sebagai Original Soundtrack (OST) bagi drama terbaharu terbitan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd yang bakal menerangi kaca televisyen akan datang, Drama Katakan Pada Dia.

Drama bersiri 26 episod ini diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang Anum karya Prof. Dr. Lim Swee Tin.

Drama Katakan Pada Dia arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) ini menampilkan lakonan hebat Izzue Islam, Nina KSC, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia, selaku watak utama turut dibantu oleh Amyza Aznan, Wanns Ahmad, Silfeny Osman, Hasmitha Selvam, Shazia Rozaini, Sugeindhiran dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Iskandar ZulkarnainJasper James Supayah
https://lomp.at/yezk5
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem