Monday, July 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Suria FM & IOI City Mall Adakan Sambutan Tahun Sabtu Ini

by Arsiqin Yusof
December 28, 2022
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Suria FM bersama IOI City Mall Putrajaya bakal mengadakan sambutan ambang Tahun Baru 2023 pada Sabtu ini, 31 Disember bertempat di Symphony East, IOI City Mall.

Kembali Selepas Dua Tahun

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin sambutan itu diadakan kembali setelah dua tahun berehat ekoran pandemik COVID-19.

“Setelah hampir 2 tahun tidak diadakan sambutan ambang tahun baru kerana pandemik yang melanda tanah air, kini Suria FM dan IOI City Mall Putrajaya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ini sebagai penutup tirai bagi tahun 2022 sekaligus menjadi simbol bagi menyambut kedatangan tahun baru”.

“Sambutan ambang tahun baru ini akan bermula seawal jam 6 petang dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Giveaway’ kepada para pengunjung yang hadir, trak makanan, persembahan magik “Mark & Pinky” dan pertunjukan bunga api di atas pentas. Pengunjung juga turut berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15. Jangan lepaskan peluang kerana barangan eksklusif tersebut akan dijual dengan harga promosi,” katanya.

Barisan Artis Terkenal

Bagi memeriahkan acara, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee dan ramai lagi. Penyampai Suria FM, Shuib, Sharifah Shahirah (Rara) dan Suraya akan turut hadir selaku host untuk konsert pada malam itu nanti.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IOI City Mall Putrajaya atas kerjasama baik ini, dan diharapkan konsert ambang tahun baru 2023 kali ini akan berjalan lancar serta dapat meninggalkan kenangan manis untuk semua yang hadir” tambah DJ Lin lagi.

Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM, Luahan Isteri Cetus Tanda Tanya - “Dijauhi Dengan Orang Yang Hati Busuk"
suria fm
https://lomp.at/y5m0w
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

#ApaPlan

[VIDEO] ‘Pavilion Loves Sustainability’ Kembali Dengan Impak Komuniti Yang Dipertingkatkan

by Naddy Joe
July 9, 2025

Pavilion REIT dengan bangganya mengumumkan kemunculan semula kempen signatur mereka, Pavilion Love Sustainability, yang berlangsung sehingga 13 Julai 2025 di...

Read more
#ApaPlan

Pengalaman 5 Hari Di Macao Mesra Muslim Yang Mengagumkan

Pertama sekali Murai Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan Macao Government Tourism Office (MGTO) atas tajaan penuh dalam...

Read more
by Amirul Fikry
June 7, 2025
#ApaPlan

[VIDEO] Jika Anda Belum Pernah Ke Macau, 5 Perkara Ini Pasti Membuatkan Anda Ingin ke Sana!

Pertama sekali, Murai Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) kerana menaja perjalanan...

Read more
by Amirul Fikry
May 28, 2025
#ApaPlan

Peminat Drama Korea di Penang, Bersedia untuk Konsert OST Korea 2025!

Berita hebat untuk peminat drama Korea di Penang! Konsert OST Korea (KOSTCON 2025) bakal tiba di Penang pada 25 Oktober...

Read more
by Phic ARMAN
March 26, 2025
#ApaPlan

Festival Muzik NEON (NMF) Kembali Memeriahkan KL Base Sungai Besi April Ini

Festival muzik yang dinanti-nantikan, NEON Music Festival (NMF), kini kembali dengan barisan artis yang pasti akan membuatkan para peminat muzik...

Read more
by Phic ARMAN
March 26, 2025
#ApaPlan

5 Hal Yang Menarik Tentang CAKRA KHAN Divine Concert

Cakra Khan, penyanyi bersuara serak nan merdu, kembali menggegar pentas dengan konsert solonya, Divine Concert - Cakra Khan. Konsert ini...

Read more
by Phic ARMAN
February 11, 2025
#ApaPlan

Suria KLCC Mempersembahkan Hiasan Taman Oriental Mekar Sempena Tahun Baru Cina 2025

Suria KLCC merupakan destinasi beli-belah ikonik Malaysia melancarkankempen Tahun Baru Cina 2025 yang menjanjikan pengalaman perayaan unik dan meriah dari...

Read more
by Amirul Fikry
January 16, 2025
#ApaPlan

Harga Tiket Serendah RM296, Konsert Grup K-pop Generasi Baharu, xikers 19 Januari Ini Di Kuala Lumpur

Grup K-pop generasi baharu, xikers, yang bernaung di bawah KQ Entertainment, akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia sempena siri...

Read more
by Phic ARMAN
December 24, 2024
#ApaPlan

Konsert Nick Carter Di Kota Kinabalu & Kuala Lumpur Pada Februari 2025

Nick Carter, ahli kumpulan Backstreet Boys dan artis solo terkenal, akan mengadakan konsert jelajahnya yang dinanti-nantikan, Who I Am, di...

Read more
by Phic ARMAN
December 11, 2024
#ApaPlan

Acara Ikonik MILO Malaysia Breakfast Day Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO Di Malaysia

MILO® dengan bangganya mengumumkan kembalian MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) yang dinanti-nantikan pada tahun 2025. Acara ini mengalu-alukan rakyat Malaysia...

Read more
by Naddy Joe
November 28, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem