Tuesday, March 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Lebaran

Susah Nak Jumpa Ni! Jom Lihat Biskut ‘Legend’ yang Menjadi Juadah Hari Raya

by Ameerul K
May 4, 2022
777
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap kali sambutan Aidilfitri, selain dari ketupat, lemang dan rendang, biskut raya atau kuih raya pasti akan menjadi antara hidangan yang wajib yang mesti ada di atas meja untuk tetamu yang datang berkunjung atau berziarah raya.

Seiring dengan peredaran zaman, biskut raya juga mengalami pelbagai inovasi dari segi resipi dan cara pembuatannya.

via Lokalocal

Terdapat pelbagai jenis biskut raya yang dijual di pasaran sehinggakan kita menjadi rambang mata untuk memilih yang mana satu menjadi pujaan hati. Semuanya nampak begitu menarik dan berwarna-warni.

Ini antara beberapa jenis biskut ‘legend’ yang memang kebiasaannya akan menjadi pilihan hati dan paling mengimbau kenangan manis Aidilfitri kita. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada biskut wajib ini.

1) Samperit

via Gramho.Com

Datanglah macamana moden sekalipun biskut raya, namun tak akan dapat menandingi biskut yang satu ini. Generasi sekarang juga tahu akan kewujudan biskut ini.

Sekarang sudah ramai yang memodenkan biskut samperit. Ada samperit susu, samperit cheese, bukan setakat rasa, malahan warna dan corak juga telah diinovasikan mengikut kreativiti masing-masing.

Yang penting, bentuk asal samperit adalah kuntuman bunga dengan hiasan ceri merah adalah yang paling ‘legend’ dan sentiasa mengimbau kenangan.

2) Tart Nenas

via ResipiSenang

Raya tak akan bermakna tanpa tart nenas. Ini antara biskut ‘berhantu’ yang menjadi pilihan utama tetamu sebelum menikmati juadah hari raya yang lain. Biskut yang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini sentiasa menjadi menu utama setiap rumah pada Hari Raya.

Dengan rasa tart nenas yang gebu, cair dimulut dengan isi nenas yang banyak dengan rasa masam manis pasti tak boleh berhenti jika kita menikmatinya. Hrmmmm sedapnya!

3) Almond London

via Shopee

Biskut ini antara yang sentiasa mendapat sambutan di Aidilfitri  kerana ianya merupakan biskut yang paling digemari para tetamu walaupun namanya agak kebaratan namun realitinya Almond London sudah semestinya sentiasa menjadi biskut pilihan hati.

Dari orang dewasa sehinggalah kanak-kanak sangat menggemari biskut ini.  Dengan rasa kacang badam yang dibaluti biskut dan rasa coklat di luar biskut membuatkan orang makan pasti akan menjilat jari.

4) Batang Buruk

via Twitter

Ini antara kuih yang tak akan pupus ditelan masa. Kuih yang diperbuat daripada tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa ini dan disalut dengan serbuk kacang hijau tetap ada peminat setianya yang tersendiri. Anda pasti tak boleh berhenti makan, silap-silap boleh habis sebalang!

5) Cornflakes Madu

via YouTube

Pergilah beraya ke rumah siapa pun, memang akan jumpa cornflakes madu di atas meja tuan rumah dan kebiasaannya memang terpaksa tambah berulang kali. Bukan setakat kanak-kanak tapi orang dewasa juga pasti tak boleh berhenti menjamahnya.

6) Kuih Ros

via CookPad.com

Mungkin generasi sekarang tidak mengenali kuih ros tapi bagi generasi lama, kuih ini adalah nostalgia yang tak akan dilupakan. Kuih ros ini sentiasa  menggamit kenangan manis dengan rasanya yang sedap dan rangup pasti membuatkan mulut tidak sedar sedang mengunyahnya. Krup Krap Krup Krap

7) Biskut Mazola

via Bidadari.My

Biskut yang padat dengan isi kacang tumbuk dan disapu dengan kuning telur di atasnya serta dihiasi dengan sebiji kacang ini memang sentiasa menjadi  kegemaran semua orang. Biskut mazola sangat sesuai dijadikan juadah di hari raya anda.

8) Simpul Kasih

via ResipiChef

Simpul kasih adalah sejenis kuih yang cukup popular. Kuih ini sentiasa menjadi hidangan wajib di setiap rumah pada hari raya. Dengan menggunakan kulit popia yang nipis yang diisi dengan serunding sememangnya sangat sedap dan rangup apabila dimakan.

Ada yang jenis digulung dan ada yang disimpul. Terserah kepada kreativiti masing-masing. Korang suka yang mana? Yang penting, anda pasti tak boleh berhenti jika mulai makan kuih ini.

9) Rempeyek

via YouTube

Rempeyek adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dan ditambahkan dengan kacang tanah, kacang dal, kacang hijau atau ikan bilis. Bentuknya sangat menyerupai keropok. Ia antara kudapan yang sesuai disajikan pada hari raya. Rempeyek juga turut dinikmati walaupun bukan pada hari raya.

10) Kuih Kapit

via Lazada

Kuih kapit adalah hidangan penyeri di hari raya. Kuih kapit tradisional biasanya dilipat menjadi bentuk kipas atau digulung bulat tanpa sebarang isi di dalamnya. Namun dengan trend yang terkini, kuih kapit telah divariasikan dengan penambahan pelbagai perisa sebagai inti dalamnya seperti kuih kapit coklat, mentega kacang atau strawberi untuk menambahkan rasa yang lebih menarik.

11) Biskut Makmur

via MakanWithCherry

Biskut ini adalah biskut warisan dari zaman dahulu dan masih tidak lenyap ditelan zaman. Dengan menggunakan resipi yang ringkas dan senang seperti tepung gandum dan juga minyak sapi dan inti daripada kacang yang disangai dan dikisar halus, akhir sekali biskut makmur akan disalut dengan gula halus sebagai penaik seri.

Biskut makmur juga sedap dimakan kerana ianya manis dan cair didalam mulut. Pasti menjadi pelengkap jamuan!

Pasti anda tertelan air liur kan bila melihat biskut-biskut ‘legend’ ini?  Tak sabar rasanya nak meraikan hari bahagia setelah sebulan berpuasa. Apa kata serikan meja anda dengan juadah-juadah menarik lagi legend dari mak mak kita dulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: biskutlegend harirayaaidilfitri
Share319Tweet191SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Tak Payah Keluar Rumah Nak Beli Baju Raya! Ini Inovasi Terbaru Dari MCC Lifestyle
Bisnes

Tak Payah Keluar Rumah Nak Beli Baju Raya! Ini Inovasi Terbaru Dari MCC Lifestyle

by Phic ARMAN
March 28, 2023
Jom Lihat Program Istimewa Sepanjang Ramadan Di AWESOME TV
Filem

Jom Lihat Program Istimewa Sepanjang Ramadan Di AWESOME TV

by Phic ARMAN
March 26, 2023
Mis Claire Sasar RM5.5 Juta Jual Koleksi Raya ‘Plus Size’
Bisnes

Mis Claire Sasar RM5.5 Juta Jual Koleksi Raya ‘Plus Size’

by Phic ARMAN
March 23, 2023
Meerqeen Pun Bangga! Elrah Exclusive Hiasi Papan Iklan Gergasi Sebelah Menara TRX
Bisnes

Meerqeen Pun Bangga! Elrah Exclusive Hiasi Papan Iklan Gergasi Sebelah Menara TRX

by Phic ARMAN
March 15, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

  5. 5

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan