Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

2 Adik-Beradik Cipta Suplemen, Rawat Masalah Kesihatan Wanita Moden Asia

by Lisa Ghani
January 4, 2023
Foto - Moom Health

Foto - Moom Health

Share on Facebook

Makanan yang kita ambil tidak cukup untuk membekalkan kita dengan nutrisi tambahan. Sebab itulah, kita perlu mengambil pendekatan dengan makanan tambahan suplemen bagi memberikan tahap kesihatan yang sepatutnya.

Pernah dengar tentang jenama Moom Health? Jenama yang dikelolakan oleh dua adik-beradik perempuan selepas bertarung dengan masalah kesihatan wanita.

Sebelum Miss Murai huraikan lebih lanjut tentang produk yang dikeluarkan Moom Health, sedikit latar belakang bagaimana Moom Health dicipta.

Masalah Perubatan Mili & Maya Kale, Maka Terlahirlah Moom Health

Diasaskan pada Jun 2021 oleh adik-beradik, Mili dan Maya Kale, Moom Health dicipta selepas mereka mengalami kececewaan akibat masalah perubatan yang dihadapi.

Maya didiagnosis dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan bergelut selama bertahun-tahun bagi mencari cara untuk merawat gejala. Di usianya 15 tahun, dia kerap mengambil pil perancang kelahiran bagi menahan kesakitan.

Foto – Moom Health

Mili pula ketika 28 tahun sering mengalami masalah jerawat akibat ketidak seimbangan hormon dan telah diberikan rawatan retinoid yang menyebabkan beberapa kesan sampingan yang teruk.

Disebabkan kaedah rawatan tradisional dan ubat-ubatan moden tidak membantu, mereka memutuskan untuk mengeluarkan produk sendiri.

Pasukan penasihat yang menerajui proses formulasi, pengesyoran dan kandungan pendidikan itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kesihatan dan perubatan, terutamanya kesihatan wanita.

2 Rangkaian Suplemen de/bloat & sleep/well

Akhirnya Moom Health berbangga dengan memperkenalkan dua rangkaian suplemen iaitu de/bloat dan sleep/well.

de/bloat mengandungi 7 herba dan 2 enzim penghadaman berasaskan buah. Ia berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut, ketidakselesaan penghadaman, dan ketakcernaan di bawah 60 minit denga menyasarkan bakteria usus dan memfokuskan kepada melegakan saluran penghadaman secara semula jadi.

Foto – Moom Health

Sleep/well pula mengandungi herba, asid amino, dan melatonin dos rendah yang 100% semula jadi. Ia membantu wanita tidur lebih nyenyak, bangun dengan lebih segar, dan menggalakkan tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin secara semula jadi untuk pengawalan kitaran tidur yang lebih baik.

Kalau kamu ingin mencuba suplemen ini, produk Moom Health boleh didapati di laman web www.moom.health.

Malah, mereka turut merancang untuk menjual produk berkenaan di lokasi fizikal di seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
moom healthpengasas moom healthsuplemen
https://lomp.at/8ewjm
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem