Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Elak Nampak ‘Ketot’ Atau Kembang, Pilih Skirt Ikut Bentuk Badan Macam Ini…

by Soph Azz
January 9, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

129
KONGSIAN
Share on Facebook

Memang cemburu bila lihat mereka yang pakai skirt, terutamanya model dan selebriti; sarung dan pakai skirt macam mana pun tetap nampak cantik serta terletak elok di badan. Tapi kalau diri sendiri yang pakai, memang nampak pelik, hodoh dan tak sesuai.

Kalau lihat dalam cermin, nampak pendek ‘ketot’ atau mengembang ke tepi; itu kerana pemilihan skirt yang tidak sesuai dengan bentuk badan.

Dan untuk elak daripada pilih skirt yang salah dan tak sesuai, kamu kena pilih skirt mengikut jenis bentuk badan kamu. Begini caranya…

Bentuk badan epal

Bentuk badan epal ini adalah mereka yang memiliki lebar bahu yang sama lebarnya dengan pinggul, manakala kakinya pula kecil. Jadi skirt yang sesuai dengan bentuk badan ini adalah high-waisted ruffle skirt. Sebabnya skirt jenis ini membuatkan pinggang kamu kelihatan lebih kecil dan berikan ilusi keseimbangan badan yang sempurna.

Foto – Pinterest

Badan petite

Wanita petite atau kecil, skirt yang sesuai untuk kamu adalah mini skirt atau skirt A-line yang pendek. Dan sebaik-baiknya elak memilih corak yang berjalur menegak dan skirt yang terlalu ketat kerana kamu akan nampak lebih kurus, cengkung dan kecil daripada sebelumnya.

Foto – Pinterest

Jenis skirt ini adalah terbaik kerana ia dapat mendedahkan kaki, menampakkannya lebih panjang dan tinggi.

Bentuk badan seperti buah pir 

Bagi kamu yang memiliki pinggul yang lebar dan bahu yang kecil (atau sempit), skirt A-line adalah padanan yang sesuai. Nasihat Miss Murai, pilih skirt yang menutup lutut supaya bentuk badan nampak lebih langsing.

Foto – Pinterest

Skirt A-line mempunyai garis pinggang yang kecil, menjadikan kamu nampak lebih langsing dan kurus. Elak pakai skirt jalur mendatar kerana pinggul akan nampak sangat besar.

Kalau bersegi empat pula…

Foto – Pinterest

Lebar bahu, dada, pinggang dan pinggul adalah sama bagi mereka yang berbentuk segi empat. Jadi skirt yang patut dipakai oleh mereka adalah slim skirt atau mini skirt dengan pinggang yang ramping untuk tonjolkan lengkungan badan.

Bersaiz besar…

Pilih high-waisted skirt yang berona gelap kerana ia akan membantu untuk ‘menyamarkan’ bentuk badan kamu; nampak lebih langsing. Nak nampak lebih kurus, pakai tali pinggang untuk highlight bentuk pinggang kamu. Paling penting, elak pakai skirt ruffles kerana ia akan buatkan pinggang kamu nampak kecil dan pinggul menjadi lebih besar.

Foto – Pinterest

Tak dilupakan bentuk badan jam pasir 

Paling diidamkan oleh semua wanita, badan berbentuk jam pasir ini mempunyai lebar bahu dan pinggul yang sama; menjadikan pinggang nampak kecil seperti bentuk jam pasir.

Foto – Pinterest

Skirt yang patut dipakai oleh mereka memiliki bentuk badan ini adalah exam skirt, pencil skirt atau straight-cut skirt kerana ia akan lebih ‘compliment’ bentuk badan jenis ini.

Dah tahu kan skirt apa yang sesuai dengan bentuk badan kamu, jadi selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara pilih skirt betuljenis skirt ikut bentuk badan
https://lomp.at/ttgry
Share52Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem