Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Che Puan Sofie Bertemu Simon Cowell & Katie Pieper, Netizen Puji- “Simple-nya Dengan Baju Kurung”

by Phic ARMAN
January 9, 2023
Share on Facebook

Cik Puan Sofie Louise Johansson, suri hati Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra baru-baru ini dilihat menghadiri sebuah acara amal di London, United Kingdom.

Acara amal itu dianjurkan oleh Katie Pieper yang merupakan penulis, aktivis dan penyampai TV dari Andover, Hampshire yang pernah melecur teruk pada wajah sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian kami, Cik Puan Sofie  cantik berbaju kurung gelap dan memakai tudung saat menghadiri acara amal tersebut.

“Alhamdulillah.. so simple dengan baju kurung n still cantik..”- tulis netizen

Dalam beberapa foto yang dikongsikan, Cik Puan Sofie sempat bergambar dengan  juri pertandingan nyanyian terkenal, Simon Cowell.

VIA Instagram ljo_
VIA Instagram ljo_

Cik Puan Sofie berkata, dia berterima kasih kepada Katie kerana menjemputnya dan banyak beliau pelajari dari acara itu untuk program amal di Kelantan.

“Terima kasih banyak Katie kerana menjemput saya ke acara pengumpulan dana tahunan anda. Banyak yang saya pelajari dari petang ini dan saya pasti akan gunakan apa yang saya pelajari untuk program amal di Kelantan.  Ucapan indah daripada penaung Simon Cowell, salah satu sebab utama amal ini jadi seperti hari ini, diikuti dengan sokongan, Lauren Silverman, Holly Candy dan Jane Green. Ditambah dengan persembahan yang menakjubkan daripada The Front Line Singers.” tulis baginda di ruangan komen.

“Terima kasih banyak atas sokongan berterusan anda terhadap @kpfoundation”- balas Katie yang merupakan penulis, aktivis dan penyampai TV dari Andover, Hampshire

View this post on Instagram

A post shared by Katie Piper Foundation (@kpfoundation)

Kisah Silam Katie

Pada 12 tahun yang lalu, Katie disiram air keras oleh bekas kekasihnya. Hasilnya, separuh wajahnya hancur. Wanita yang dulu popular sebagai penyampai TV ini seketika merasai kehilangan masa depan.

View this post on Instagram

A post shared by Katie Piper OBE (@katiepiper_)

Semangat Katie untuk bangkit mendapat penghargaan oleh netizen. Hebatnya, kini wanita yang pernah mengalami kerosakan parah pada wajahnya akibat disiram air keras ini aktif membantu orang lain yang pernah terpuruk melalui yayasan Katie Piper Foundation.


What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara