Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Bekas Tentera Amerika Panjat Merdeka 118, Pernah Alami Depresi Hingga Nyaris Bunuh Diri

by Phic ARMAN
January 9, 2023
352
KONGSIAN
Share on Facebook

Berikutan kontroversi mengenai pelancong dari Rusia yang secara haram mendaki puncak Merdeka 118, kini nampaknya bangunan kedua tertinggi di dunia kita kini menarik lebih ramai pendaki dari luar negara.

Seorang bekas anggota tentera Amerika, Isaac ‘Drift’ Wright,  menggunakan akaun YouTubenya Driftershoots, telah mempamerkan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga telah menjejak kaki ke puncak menara Merdeka 118. Dalam video yang diterbitkan pada 30 Disember 2022 yang lalu.

Dalam ruangan kasyen, beliau menulis,

“Sebentar tadi, saya dan 3 rakan yang lain telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 meter. Perjalanan itu panjang dan sukar serta penuh cabaran”.

“Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun yang menunjukkan rakaman itu. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan, saya tidak menggalakkan sesiapa untuk mencipta semula aksi yang ditunjukkan dalam video ini.”- tulisnya

Dalam video itu, Isaac menjelaskan bahawa perjalanan ke Kuala Lumpur ini akan menjadi perjalanan antarabangsa pertama mereka. Dia dan rakan-rakannya kemudian dilihat memakai jaket pembinaan dan topi keledar, mungkin untuk nampak sebahagian dari pekerja semasa menyelinap masuk ke Merdeka 118.

Mereka juga membuka penghadang yang menghalang mereka daripada memasuki tangga bangunan dan memanjat.

Akhirnya mereka berempat berjaya mendaki ke puncak Merdeka 118. Anda boleh lihat video di sini, memang mengerikan.

YouTube video

Pernah Berfikir Untuk Bunuh Diri.

VIA Newyork Times

Menurut laman New York Times, Isaac telah meninggalkan ketenteraan selepas 6 tahun berkhidmat. Selepas itu dia merasa kecewa dan hilang arah, berjuang dengan gangguan stres pasca-trauma malah pernah berfikir untuk bunuh diri.

Dengan melakukan pendakian dapat membantu masalah yang dialaminya. Dia mula memanjat bangunan untuk menemukan pemandangan yang berbeza, dan menyedari bahawa itu juga menawarkan perspektif baru tentang kehidupan.

Dia menghasilkan gambar yang menakjubkan dan berkongsi di media sosial, di mana dia menarik beribu-ribu pengikut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Isaac 'Drift' Wrightmerdeka 118
https://lomp.at/a9jg9
Share141Tweet88SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem