Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Lepas Bercerai, Supermodel Gisele Bündchen Tampil Topless Dalam Iklan Louis Vuitton

by Lisa Ghani
January 10, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Betul-betul ‘open’ supermodel Gisele Bündchen sebaik saja memfailkan perceraian dengan atlet Tom Brady.

Gisele Bündchen berkongsi foto dari kempen Louis Vuitton x Yayoi Kusama, yang memaparkan dia tidak berbaju bersembunyi di sebalik beg tangan ikonik LV itu.

View this post on Instagram

A post shared by Louis Vuitton (@louisvuitton)

Louis Vuitton mengeluarkan foto kempen untuk koleksi kolaborasi terbarunya dengan artis Jepun, Yayoi Kusama. Beberapa model terkenal terlibat, daripada Bella Hadid dan Karlie Kloss, serta Christy Turlington dan Gisele Bundchen.

Gisele tampil berseluar jeans tanpa baju sambil memeluk salah satu beg daripada siri monogram klasik LV yang dihiasi polkadot berwarna-warni oleh Kusama.

Ini merupakan kempen pertama sejak supermodel itu mengumumkan perceraiannya dengan Tom Brady. Pasangan itu berpisah pada Oktober 2022 selepas 13 tahun berkahwin.

Foto – Getty

“Dengan penuh rasa syukur atas masa kami bersama, saya dan Tom telah memuktamadkan perceraian kami secara baik. Keutamaan saya sentiasa dan akan terus pada anak-anak yang disayangi sepenuh hati. Keputusan untuk menamatkan perkahwinan tidak pernah mudah tetapi kami telah makin terpisah. Walaupun sukar untuk melalui perkara ini, saya berasa diberkati untuk masa yang kita ada bersama dan hanya mendoakan yang terbaik untuk Tom sentiasa.”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gisele Bundchenlouis vuitton
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara