Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Gaya Yang Pernah Jadi Kontroversi… Ada Puteri Diana, Deepika Padukone & Banyak Lagi

by Soph Azz
January 10, 2023
Foto - Vogue / Zee News

Foto - Vogue / Zee News

Share on Facebook

Ramai orang tahu yang fesyen adalah salah satu cara untuk seseorang individu itu termasuklah selebriti; mengekspresikan diri atau menyampaikan mesej tertentu. Tetapi disebabkan oleh fesyen juga, ada sesetengahnya yang tidak perasan atau tidak sengaja berfesyen over hingga mencetuskan kontroversi.

Entri kali ini Miss Murai akan kongsikan selebriti mana yang pernah cetuskan kontroversi dengan gaya fesyennya. Scroll dan lihat di bawah;

Sharvari Wagh

Foto – Times Of India

Di Anugerah Fesyen Grazia Young 2022, pelakon Bollywood ini mengenakan gaun bodycon hitam yang mempunyai potongan asimetri, dengan satu bahu, aksen potongan jaring, belahan di bahagian paha dan pinggul, mempamerkan belakang yang seksi.

Julia Fox 

Foto – People

Sekitar Mei 2022, Julia Fox dilihat mengenakan pakaian dalam hitam-putih yang dipadukan bersama but bertumit denim dan blazer denim yang panjang ketika membeli belah di pasaraya.

Agnez Mo 

Foto – Liputan 6

Mengenakan oversized sheer t-shirt, Agnez mencetuskan kontroversi apabila t-shirt hitam yang dipakainya itu mengandungi tulisan Arab. Kata Ketua Dakwah MUI Pusat, maksud perkataan tersebut adalah “Bersatu” dan tidak menyinggung agama Islam.

Aina Abdul 

Foto – MStar

Semasa pertunjukan fesyen Behati 2022, penyanyi ini menyarungkan persalinan berona hitam yang  berat dan ‘fluffy‘. Hanya menampakkan muka dan tangannya sahaja, memang comel!

Bella Hadid 

Foto – Vogue / Hypebae

Mencipta fenomena dan kontroversi, Bella Hadid tampil untuk Copern di  Paris Fashion Week 2022 dengan seluar dalam di atas pentas. Ketika itu, Manel Torres menyemburkan tisu cecair untuk membentuk satu gaun baru secara live.

Puteri Diana 

Foto – Vogue

Selepas bercerai dengan Raja Charles, Puteri Diana keluar berhadapan dengan khalayak ramai dengan mengenakan off shoulder gown Christina Stambolian paras atas lutut. Gaun hitam yang melanggar peraturan gaya diraja Britain ini telah mendapat perhatian dan disukai ramai.

Topik Berkaitan Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

Dato’ Seri Vida 

Foto – Gempak / Lipstiq

Manakala Dato’ Seri Vida yang menjadi muse Behati semasa KL Fashion Week 2022 itu mengenakan busana dengan lapisan fabrik berwarna-warni.

Kim Kardashian 

Foto – People / Showbiz Cheat Sheet

Kim pula mengenakan nude-illusion gown ikonik milik Marilyn Monroe yang dibaluti dengan kilauan kristal. Dengar kata selepas Met Gala 2022 berakhir, gaun tersebut menunjukkan tanda-tanda koyakan dan beberapa kristal mula hilang atau tergantung jatuh.

Deepika Padukone 

Foto – Zee News

Membintangi filem Pathaan, Deepika dikritik kerana mengenakan pakaian renang oren yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan dan seolah menghina agama Hindu. Ini kerana warna oren tersebut dianggap suci oleh penganut agama Hindu.

Machine Gun Kelly 

Foto – Today

Ada yang katakan seperti landak, Machine Gun Kelly tampil mengenakan sut logam berduri ketika menerima anugerah AMA 2022.

Bagi kamu, siapa yang paling over?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Deepika Padukonekim kardashianputeri diana
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara