Bersempena dengan Tahun Arnab pada tahun ini, COACH melancarkan koleksi istimewanya iaitu Koleksi Tahun Baru 2023. Menerusi koleksi yang istimewa dan khas ini, COACH menampilkan cetakan arnab pada setiap barangannya.
Kamu dapat melihat arnab di beg klasik yang berwarna truffle, dengan aksen rona merah melambangkan tuah, kebahagiaan dan nasib baik.
Dikenali sebagai haiwan yang paling bertuah daripada semua 12 jenis haiwan dalam roda zodiak Cina, arnab dikatakan mewakuli belas kasihan, keanggunan dan kecantikan.
Apa yang menarik perhatian Miss Murai dalam koleksi ini, gaya grafiti arnab pada Signature Canvas yang diperbuat daripada kulit halus. Ianya terdapat dalam Signature Charter Crossbody 24 dan Gotham Tall Tote bag. Jangan risau, setiap produk ini mempunyai gaya yang menarik dan moden!
Selain itu koleksi ini turut mempunyai pilihan beg praktikal dalam siluet ringkas; bermula daripada beg Bandit Shoulder wanita dan beg Denim Signature Belt lelaki kepada Denim Signature Field Totes dalam dua saiz. Koleksi ini menjadikan setiap perjalanan kamu menjadi lebih lancar dan teratur.
Dapatkan setiap satu barangan daripada koleksi Tahun Baru 2023 di semua kedai COACH sekarang. Happy shopping!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.