Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

Juara ‘I Can See Your Voice’, Hariz Daniel Hadir Dengan HUKUM

by Aphit J.
January 14, 2023
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Berbekalkan wajah yang tampan sahaja tanpa bakat bukanlah tiket untuk mengecap kemasyhuran, namun bagi pendatang baharu, Hariz Danial, dia mempunyai pakej yang lengkap, untuk memulakan langkah perdananya.

Hadir Dengan HUKUM

via Armani Entertainment Group

Siapa sangka jejaka berwajah ‘boyish’ ini sudah pun berumur 27 tahun, perjalanan seninya bermula ketika dia masih lagi bergelar siswazah sepenuh masa.

Dia yang berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG), Hariz hadir dengan single pertamanya berjudul ‘HUKUM’ hasil ciptaan komposer terkenal, Sirkhan Danial dan Ibnu Rinkarnaen, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.

Perhubungan Sepasang Kekasih

Lagu HUKUM merupakan sebuah karya balada pop moden dengan sedikit elemen rock yang menceritakan tentang perhubungan sepasang kekasih yang tiada persefaham dan tidak sehaluan.

Walaupun segala pengorbanan dan curahan kasih sayang seakan tidak bererti kerana apa yang dimahukan kadang kala tidak ‘menjadi’ dan masing-masing harus akur dengan ketentuan-Nya.

Boleh Dimuat Turun

via Armani Entertainment Group

Lagu HUKUM boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Malah boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hariz Danial
https://lomp.at/469nj
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem