Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

7 Selebriti Yang Paling Cantik & Bergaya Segar Di Golden Globes 2023

by Soph Azz
January 16, 2023
Foto - Stylist / People

Foto - Stylist / People

53
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai pembuka tahun 2023, Anugerah Golden Globes ke-80 yang berlangsung pada 11 Januari 2023 baru-baru ini diadakan dengan meriah sekali!

Bertempat di Beverly Hilton di Beverly Hills, California; acara ini diadakan untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada filem dan siri televisyen Amerika pada tahun 2022.

Apa yang menariknya, setiap selebriti yang menerima pencalonan dan bersama selebriti jemputan lain turut memeriahkan acara berprestij ini. Dan sudah semestinya, masing-masing hadir dengan menggayakan busana mewah yang glamor daripada pereka terkenal.

Tapi siapakah yang menjadi “Best Dressed” di Golden Globes 2023? Bagi Miss Murai, mereka ini yang layak…

Bintang Wednesday; Jenna Ortega tampil dalam balutan gaun Gucci berona nude yang diperincikan dengan stail cut-out dan drapey di bahagian lengan serta kainnya. Tak dilupakan rantai leher berlian daripada Tiffany&Co sebagai pelengkap.

Foto – InStyle / Harper’s Bazaar

Manakala Anya Taylor-Joy pula mengenakan two piece Dior iaitu cropped top dan wrap skirt dalam rona kuning. Nampak sangat basic tetapi bagi Miss Murai, Anna berjaya jadikan two piece tersebut nampak sangat elegan!

Paling menarik mata, gaun off-shoulder Gucci milik Michelle Williams ini diperincikan dengan ruffle; berlipat dari atas sampai bawah hingga ke ekor gaun yang menjuntai di bahagian sisinya.

Foto – People

Sangat comel! Selena Gomez pula  tampil dalam gaun off-shoulder hitam Valentino yang lengkap dengan perincian puff sleeve berona ungu serta koleksi barang kemas; anting-anting dan cincin daripada De Beers.

Padanan gaun hitam Daisy Edgar-Jones iaitu korset dan ruffles adalah pilihan yang terbaik kerana penampilan ini menampakkan lekukan badan yang perfect!

Foto – People / Page Six

Ana de Armas pula tampil dengan gaun hitam yang disulam dengan labuci 3D dalam corak geometri. Bahagian belakang gaun ini dibuat dengan sutera berlipat untuk tambahkan lagi volume pada siluet. Dan gaunnya mengambil amasa selama 150 jam untuk siap tau!

Foto – Cosmopolitan / Stylist

Akhir sekali Tan Sri Michelle Yeoh yang mengenakan gaun yang penuh dengan labuci daripada Armani Privé. Menariknya gaun tersebut diperincikan dengan potongan peplum yang membuatkan penampilannya lengkap dengan barang kemas daripada Moussaieff.

Bagi kamu sendiri, penampilan siapa yang nampak paling terbaik?

best dressed golden globes 2023golden globes 2023
https://lomp.at/imopf
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem