Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saya Lega Sudah Failkan Cerai”- Puteri Sarah Bakal Tinggalkan Malaysia Minggu Hadapan

by Phic ARMAN
January 16, 2023
345
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini pelakon, Puteri Sarah telah mengotakan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk menfailkan tuntuan penceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.  Keputusan nekad yang dibuat oleh isteri, penerbit dan pengarah, Syamsul Yusof ini susulan dari kemelut rumahtangga selama ini. Dan terbaru pengakuan suaminya yang telah bernikah dengan Ira Kazar pada awal bulan ini.

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader. Puteri Sarah berkata, dia sangat lega selepas akhirnya berjaya menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah hari ini.

Tambah Puteri Sarah lagi, dia akan meninggalkan Malaysia untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah pada minggu hadapan.  Puteri Sarah berkata selepas pulang, dia mengharapkan kehidupan yang baharu bersama anak-anak.

“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian. Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama ini (memfailkan perceraian).Saya mahu mengerjakan Umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” kata Puteri Sarah kepada BH Online

Dalam laporan yang sama, Puteri Sarah menyangkal tuduhan dirinya anti poligami hanya kerana tidak sanggup bermadu.

“Ramai tuduh saya anti poligami. Mereka kata saya tak nak ikut suruhan Allah, tetapi itu semua tak betul.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Syamsul Kembali Ceria, Datuk Yusof Haslam Tak Desak Anak Cari Pasangan Baru!
puteri sarah
https://lomp.at/iaqaa
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem