Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah Kata Kalau Nak Move On Cepat, Buat Ini…

by Soph Azz
January 17, 2023
Foto - Dating

Foto - Dating

Share on Facebook

Tak semua hubungan berakhir dengan apa yang kita impikan. Kalau jodoh tak berpanjangan, bermakna hubungan kamu dan si dia perlu berakhir dengan segera. Bukan apa, ia bertujuan untuk elak daripada kedua-dua pihak daripada terluka.

Walaupun hubungan sudah berakhir, hidup kita perlu diteruskan seperti biasa. Tak dinafikan memang perit, tapi kamu perlu kuat untuk move on dengan segera daripada kenangan bersama si dia.

Sekiranya kamu rasa susah nak move on atau asyik teringatkan si dia selepas putus hubungan, Miss Murai syorkan untuk kamu ikut tips Dr. Fadzilah Kamsah yang ini…

#1 Buang kenangan bersama si dia 

Tak kiralah berapa lama kamu bercinta dengan pasangan dan berapa banyak kenangan yang sudah kamu cipta, cuba untuk buang semuanya secara perlahan-lahan. Jangan terikat dengan kenangan masa lalu.

Foto – Freepik

Apa yang boleh kamu buang adalah segala benda fizikal seperti baju, beg, tudung atau jam tangan yang membuatkan kamu teringat pada si dia. Sama ada buang, jual semula atau sedekahkan pada sesiapa.

#2 Block atau unfollow media sosial si dia 

Bukan tandanya kamu tak matang jika block atau unfollow si dia. Tapi ia adalah cara untuk kamu menjaga hati sendiri. Tambahan pula, tindakan tersebut adalah untuk jaga mood kamu supaya tidak menjadi toksik terhadap apa yang dikongsikan oleh si dia.

#3 Isi masa dan sibukkan diri 

Foto – Repeatable Success

Miss Murai faham, fasa ini akan buatkan kamu rasa sunyi dan sedih. Tapi cuba untuk penuhkan masa lapang kamu dengan perkara bermanfaat. Sama ada ikuti program, keluar dengan rakan atau habiskan masa dengan keluarga.

#4 Senaraikan kelemahan diri 

Menyenaraikan kelemahan diri ini bukannya untuk kamu kecewakan lagi diri kamu. Tapi tujuannya adalah untuk kamu lihat apa yang kamu perlu baiki diri sendiri. Malah ia juga boleh jadi pembakar semangat supaya lebih kuat daripada sebelumnya.

#5 Ketahuilah masih ada ‘perjuangan’ yang belum selesai

‘Tanam’ dan letak dalam kepala kamu bahawa kamu masih mempunyai perjalanan hidup yang panjang dan masih ada beberapa ‘perjuangan’ yang kamu ingin kecapi serta belum selesai.

Foto – Thought Catalog

Sentiasa ingat bahawa diri kamu sangat bernilai, kuat dan tabah daripada sebelum ini. Serta yakinlah setiap yang pergi atau patah, pasti akan berganti dan tumbuh kembali.

Bak kata Dato’ Fadzilah Kamsah, “You deserve a better life without him/her“. Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara move on cepattips dr. fadzilah kamsahtips move on
https://lomp.at/wsrrt
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara