Pelakon, Sharnaaz Ahmad terdahulu pernah ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.
Dia turut dilihat berada di Kompleks Mahkamah, pagi semalam untuk didakwa kerana mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ditegur Netizen Untuk Berkelakuan Baik
Terkini, Sharnaaz mendapat teguran oleh seorang netizen yang berpendapat seorang artis seharusnya berkelakuan baik agar dapat menjadi contoh dan ikutan para peminat.
“Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.
Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding.”-tegur netizen
Sharnaaz Beri Respon!
Pelakon ini dilihat telah quote retweet ciapan netizen tersebut dengan menitipkan ucapan terima kasih di atas nasihat yang diberikan olehnya. Jelas Sharnaaz, dia bukanlah seorang samseng dan telahpun ‘lunyai’ dengan tanggapan yang salah oleh pihak terlibat.
“Baik uncle. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan. Saya okay je mana-mana pun.
Yang penting, bila dipijak, bangun pijak balik. Itu ayah saya ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya Uncle.”-Balas Sharnaaz
Dipetik dari laporan Astro Awani, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Rabu, atas satu pertuduhan sengaja mencederakan seorang penghuni kondominium di Jalan Dutamas, tahun lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.