Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

5 Kali Michelle Yeoh Memukau Dengan Barang Kemas. Ada Dari Chopard, Chaumet…

by Lisa Ghani
January 19, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Meraih anugerah pelakon wanita terbaik di Golden Globe 2023, menerusi filem Everything Everywhere All at Once, tumpuan dunia kepada anak tempatan Michelle Yeoh.

Naik ke pentas untuk memberikan ucapan penuh inspirasi dalam sarungan gaun biru berkilauan dan barang kemas memukau, Michelle Yeoh kelihatan mempesonakan sekali.

Bintang aksi itu telah membuktikan bahawa dia tidak pernah gagal untuk menarik perhatian di karpet merah dan cintanya terhadap barang kemas yang garang dan berani.

Miss Murai selidik melihat almari karpet merah pelakon 60 tahun ini, ternyata aksesori kemasnya memang tak pernah kalah.

Moussaieff Jewellers

Foto – Getty

Penampilan Michelle Yeoh di Golden Globes merupakan rekaan Armani dan barang kemas dari Moussaieff Jewellers, salah satu jenama barang kemas terbaik di dunia.

Foto – Getty

Pada anugerah BAFTA 2019, Michelle Yeoh memakai berlian paling berharga pada malam itu. Ia merupakan set berlian kuning Moussaieff.

Tasaki

Foto – Getty

Di Met Gala 2022, Michelle Yeoh tampil dalam ensemble serba hijau dan rantai berlian yang menakjubkan dari jenama Tasaki.

Chopard

Foto – Getty

Ketika Festival Filem Cannes 2017, Michelle Yeoh memakai rantai leher statement rekaan Chopard. Kalung emas putih 18 karat dan titanium yang menampilkan semua jenis permata termasuk opal, spinel, sapphire, diamond, tsavorite dan amethyst.

Chaumet

Foto – Getty

Michelle Yeoh muncul di Festival Filem Cannes 2016 dalam set kalung indah Lumières d’Eau oleh Chaumet.

Tahniah Michelle Yeoh atas pencapaian yang gemilang itu.

Hanya Kerana Kongsian IG Ini, Michelle Yeoh Dikecam Teruk Netizen Taiwan
chopardMichelle Yeohmoussaieff
https://lomp.at/uje7i
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara