Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita, Psst… Ini Fakta Ye!

by Soph Azz
January 20, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

Share on Facebook

“Tak tahulah sama ada perasan sendiri, tapi rasanya macam dia suka dekat aku je…”

Pernah tak kamu alami situasi di atas? Kalau ada pasti kamu malu untuk bertanyakan pada si dia (lelaki) tentang perasaannya pada kamu. Iyalah kadang kala, signal yang diberi oleh mereka membuatkan kita wanita jadi keliru dengan maksudnya.

Dan tak dinafikan memang tak mudah nak baca isi hati dan fikiran seseorang. Tapi kalau kamu berada dalam situasi di mana si dia beri signal bahawa suka pada kamu, tapi tidak cakap apa-apa…. Miss Murai ada jalan untuk kamu mengesan sama ada si dia betul suka kamu atau tidak.

#1 Eye contact sepanjang masa 

Mata tak boleh menipu tau! Jarang kalau orang tak ada perasaan pada kita, akan tumpukan perhatian dan fokus pada kita kan? Tapi kalau sudah suka, kita akan berusaha buat eye contact dan beri perhatian pada si dia. Samalah juga lelaki.

Foto – The Y Chromosome

Hormon neurochemical oxytocin akan dirembes apabila seseorang itu gembira atau bahagia. Dan hormon ini juga meningkatkan pelebaran mata hitam seseorang bila mereka suka atau gembira tengok orang yang mereka suka.

#2 Selalu akan hubungi kita dulu 

Kalau sudah suka, si dia akan sentiasa buka langkah pertama. Daripada berjumpa hingga ke hubungi kamu setiap masa. Kalau si dia telefon atau teks kamu, maknanya si dia sudah dilamun cinta tau!

#3 Ingat setiap perkara yang kita cakap 

Lelaki yang suka pada kita bukan saja akan tadah telinga mendengar celoteh kita tau… Tapi mereka juga akan ingat segala perkara kecil dan remeh yang pernah kita beritahu. Jangan terkejut ye kalau dia boleh ingat baju apa yang kamu pakai ketika berjumpa pertama kali atau makanan kegemaran kamu.

Foto – All Pro Dad

Menurut Azaria Menezes, Jurulatih Terapi Perhubungan mengatakan bila seseorang betul suka dengan diri kita, dia akan rasa ingin tahu dan menjadi orang pertama yang tahu tentang kehidupan peribadi kita.

#4 Berusaha untuk sentiasa ada di sisi kita 

Bila sudah suka, sesiapa sahaja yang berusaha mencari jalan untuk sentiasa mendekati orang yang dia suka. Sama seperti lelaki juga kalau sukakan seseorang, mereka akan cari jalan untuk sentiasa ada bersama orang yang disukai. Dan kalau kamu perhatikan, bahasa tubuhnya juga akan nampak lebih clingy dan ceria.

Foto – First Cry Parenting

Kalau masih lagi keliru, check kembali tanda-tanda di atas sekali lagi atau pun tanya je terus padanya okay?

cara tahu lelaki suka kitatanda lelaki suka kitatanda lelaki suka perempuan
https://lomp.at/ncjzy
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore