• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Kim Kardashian Beli Item Selebriti Lain, Termasuk Loket Puteri Diana Harga Hampir RM900K

by Soph Azz
January 25, 2023
Foto - CNN Style

Foto - CNN Style

Share on Facebook

Siapa sangka bintang realiti dan usahawan, Kim Kardashian memiliki minat terhadap sejarah budaya dan perkara yang ikonik. Disebabkan oleh itu, dia ‘terpaksa’ membeli atau pinjam beberapa barangan selebriti yang unik.

Daripada gaun, trofi hingga ke jam tangan, dan terkini adalah loket milik Puteri Diana, semuanya mesti ada dalam koleksinya. Sama ada dijadikan sebagai hadiah atau koleksi, nak tahu tak barangan ikonik yang mana lagi dia beli?

#1 Jam tangan Jackie Kennedy 

Foto – Forbes

Kim telah membeli jam tangan Cartier bekas First Lady Jackie Kennedy pada Jun 2017. Menurut sumber, Kim membida sekitar RM1.6 juta pada jam tangan tersebut di lelongan Christie. Jam tangan Cartier Tank emas itu mempunyai tarikh terukir ’23 Februari 1963′.

#2 Pakaian Janet Jackson 

Foto – Irish Mirror

Sekitar 2021, Kim membeli pula baju dan seluar yang dibuat khas untuk Janet Jackson. Pakaian tersebut dikatakan dipakai oleh Janet dalam muzik video “If (1993)”. Pembelian itu disahkan oleh Julien’s Auctions, dengan menyatakan pakaian itu dijual pada harga RM106,825.

#3 Gaun Marilyn Monroe 

Foto – Marca

Mecetuskan fenomena di Met Gala 2022, Kim telah dipinjamkan gaun Marilyn Monroe oleh Ripley’s Believe It or Not! Museum. Walaupun kedua-duanya mendapat kritikan daripada peminat Marilyn, pihak muzium mengambil langkah untuk memastikan pakaian itu tidak rosak atau terkoyak sepanjang Met Gala berlangsung.

#4 Trofi Anugerah Emmy 

Foto – Buzz Feed

Dalam salah satu episod The Kardashians, Kris Jenner memberitahu bahawa Kim telah membelikannya trofi Anugerah Emmy sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60.

#5 Jaket & topi Michael Jackson 

Dihadiahkan pada anaknya, North West; Kim telah membeli jaket dan topi milik Michael Jackson sebagai hadiah Krismas. Jaket baldu tersebut dipakai oleh Michael ketika majlis ulang tahun ke-65 Elizabeth Taylor.

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- "Saya Nak Selamatkan..."
Foto – Too Fab

Manakala ketika Halloween, North berpakaian sebagai Raja Pop, dan dia mengenakan topi Michael Jackson dalam video muzik “Smooth Criminal (1988)“.

Foto – Page Six

#6 Loket salib Puteri Diana 

Baru-baru ini, Kim telah membeli loket salib Attallah dengan meletakkan bidaan sebanyak RM854,600 di lelongan Sotheby. Dan menurut penganjur, loket salib tersebut merupakan antara barangan kegemaran Puteri Diana.

Foto – CNN

Ternyata Kim Kardashian memang extra kaya ye…

jackie kennedykim kardashianloket puteri dianamarilyn monroe dress
https://lomp.at/a6o0i
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

Ada Sebab Kenapa Izara Aishah Terpaksa Suruh Aliff Syukri ‘Behave’

by Phic ARMAN
December 17, 2025

Kalau sebut nama Izara Aishah, ramai sudah tahu pelakon jelita ini memang terkenal dengan sikap teliti dan cukup mementingkan kualiti....

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

Dah 59 Tahun, Tapi Ramai Tak Tahu 5 Rahsia Dr. Cardin Ini

by Phic ARMAN
December 18, 2025

Dr. Cardin bukan jenama biasa ya, sudah lebih 59 tahun wujud diMalaysia, tapi masih kekal relevan sebab sentiasa evolve ikut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore