Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Petua Kecantikan Orang Dulu-Dulu Yang Masih Relevan & Boleh Kita Amal

by Soph Azz
January 27, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

222
KONGSIAN
Share on Facebook

Dulu-dulu tak ada pun Guardian, Watsons, Sephora, SASA dan kedai kecantikan lain. Jadi pernah terfikir tak bagaimana orang dulu-dulu boleh maintainkan kecantikan mereka? Ada petua atau rahsia ke?

Untuk pengetahuan kamu, orang dulu-dulu kalau nak cantik, mereka amalkan beberapa petua kecantikan yang diturunkan secara turun temurun. Nak tahu apa petua kecantikan orang dulu-dulu? Dan yang mana kamu boleh amal pada zaman ini? Baca perkongsian di bawah;

Bibir lembap & merah 

Foto – The Asian Parent

Rasa runsing bila tengok bibir kering, hitam dan tak bermaya? Cuba petua ini untuk lembapkan dan merahkan bibir secara semula jadi. Caranya ambil sedikit madu asli dan campurkan dengan susu. Sapukan pada bibir pada setiap malam, setiap hari.

Tegangkan kulit wajah 

Makin usia bertambah, makin berkedut pula muka. Jangan risau, cara nak kurangkan dan elak dengan mudah! Ambil segenggam nasi dan kisar dengan sedikit air. Pastikan kisaran jadi pekat ye. Kemudian tambah telur ke dalamnya dan kisar sehingga sebati. Bila siap, sapu rata di wajah macam mask. Buat seminggu sekali.

Rambut hitam pekat & lebat 

Foto – Pinterest

Kalau rasa rambut makin gugur atau tak bermaya, cubaambil sedikit biji betik yang dikeringkan. Kemudian tumbuk halus dan campurkan ke dalam botol yang berisi minyak kelapa. Sapu pada rambut sebelum mandi dan biar beberapa minit.

Cara hilangkan sel kulit mati 

Orang dulu-dulu hanya gunakan beras pulut saja untuk bersihkan wajah serta hilangkan sel kulit mati. Cara nak lakukannya adalah kisar atau tumbuk beras pulut hingga agak halus. Jadikan sebagai scrub dan gosok di wajah dan badan seminggu sekali.

Rawat & jaga bahagian intim

Foto – Pinterest

Ramai yang tahu bahagian intim tidak boleh gunakan pencuci waniita. Jadi macam nak bersihkan? Kamu boleh gunakan sirih untuk mencuci bahagian intim. Rebus beberapa helai daun sirih, saring air tersebut dan gunakan untuk cuci bahagian intim setiap hari.

Kurangkan jerawat & pudarkan parut 

Apabila naik jerawat, secara automatik akan tinggalkan parut. Selain guna produk yang boleh kurangkan jerawat dan pudarkan parut, kamu boleh saja cuba petua orang dulu. Caranya adalah ambil sedikit madu asli dan sapu di bahagian yang berparut dan berjerawat setiap hari. Ini kerana madu berfungsi sebagai antibakteria yang boleh kecutkan jerawat dan hilangkan kesan gelap parut.

Wajah makin putih dan pinkish semula jadi 

Foto – Keluarga

Kalau amalkan petua ini, tak perlu lagi kamu pakai blusher atau mekap tebal-tebal untuk dapatkan wajah yang putih dan pinkish. Ambil 1/2 cawan beras pulut dan rendam semalam. Esoknya ambil rendaman beras pulut dan kisar halus. Sapu di wajah sebanyak 2 kali seminggu macam mask.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
+1
8
+1
4
+1
0
+1
2
+1
2
+1
3
petua jaga badanpetua kecantikan tradisionaltips kecantikan orang dulu
https://lomp.at/2jd7x
Share89Tweet56SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem