Pada entri lepas, kita bercakap soal padanan skirt yang tepat mengikut bentuk badan. Dan kali ini pula, Miss Murai nak kongsikan pula mengenai beg tangan yang sesuai dengan bentuk badan kamu.
Bagi setiap wanita, beg tangan adalah antara aksesori terpenting selepas telefon bimbit. Iyalah, beg tanganlah tempat untuk kita simpan serta bawa semua barang-barang peribadi dan juga produk mekap.
Tapi pernah tak sebelum ini kamu tahu ada beberapa beg tangan, sebenarnya tak sesuai dengan bentuk badan kamu? Sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang tak tahu, cuba lihat di bawah untuk tahu beg mana yang sesuai dengan kamu…
Epal
Bentuk badan: Bahagian bahu lebar, pinggang dan pinggul kecil.

Siapa yang berbadan epal, kamu sangat bertuah kerana boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis beg. Antaranya adalah clutches, sling bag, beg tote dan beg dengan pemegang boleh laras.
Pear atau segi tiga
Bentuk badan: Bahu yang kecil dan pinggul pula lebar.

Imbangkan bentuk badan kamu dengan menggunakan beg yang hanya boleh dipegang tapi tidak berada terlalu di bahagian bawah badan kerana ia akan membuatkan badan kamu nampak lebih lebar dan besar. Dan beg yang sesuai untuk dipakai adalah bucket bag, strap bag dan juga sling bag.
Empat segi
Bentuk badan: Bahu, pinggang dan pinggul sama lebar.
Pilih beg yang mempunyai tali yang cukup panjang hingga ke bahagian bawah pinggang kerana ia akan memberi ilusi bahagian bawah badan kamu nampak lebih lebar. Pada masa yang sama, menambah kontras pada bentuk badan kamu.

Cadangan beg yang sesuai untuk badan berbentuk empat segi adalah gayakan beg besar seperti tote bag atau pun hobo bag. Nak nampak lagi mahal dan cool, pilih material kulit okay?
Jam pasir
Bentuk badan: Bahagian pinggang kecil, bahu dan pinggul sama lebar secara proposional.

Sama seperti badan berbentuk epal, Miss Murai cadangkan kamu yang mempunyai bentuk badan jam pasir untuk kenakan beg jenis clutch berbanding dengan beg yang mempunyai pemegang atau sling bag. Barulah nampak kelasnya dan mahal!
Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.