• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kenapa ‘Self-Love’ Penting? 7 Cara Kamu Boleh Lakukan

by Lisa Ghani
February 3, 2023
Foto - Harper Bazaar

Foto - Harper Bazaar

Share on Facebook

‘Self-love’ mudah untuk dikatakan tapi sukar untuk kita melakukannya.

Kadangkala lebih mudah untuk menyayangi orang lain berbanding diri sendiri. Kita sanggup melakukan apa saja untuk orang lain, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri.

Apa yang penulis perasan, apabila kita mencintai diri sendiri, kehidupan menjadi lebih baik dan teratur. Diri terasa lebih bahagia. Kita dapat lakukan pekerjaan yang dikehendaki. Miliki pendapatan hasil titik peluh sendiri. Hubungan semakin bertambah baik, yang negatif dibuang jauh dan yang baru dimulakan.

Foto – Within Health

Senang cakap, tapi macam mana kita mulakan?

Hentikan Semua Kritikan

Nampak macam mudah tetapi berapa ramai yang asyik mengkritik diri sendiri? Kritikan tidak pernah mengubah sesuatu. Yang pasti menjadi terlalu kritikan terhadap diri akan meningkatkan tahap tekanan.

Memahami keunikan, kekuatan dan batasan kamu. Tingkatkan diri dan bersyukur atau kekuatan, dan menerima kekurangan diri dengan hati yang tenang. Terima diri kamu seadanya. Semua orang boleh berubah.

Maafkan Diri Sendiri

Biarkan masa lampau berlalu pergi, jangan difikir dan dikenang jika ia menyakitkan. Kecewa, sedih, marah, adalah perasaan yang normal. Tapi jangan biarkan semua itu menguasai diri kamu. Belajar untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.

Miliki ‘Me-Time’

Setiap hari melakukan perkara yang sama, kali ini cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang kamu suka atau hanya mahu bersendirian. Kalau mahu window shopping, lakukan.

Jika ingin backpacking mulakan perancangan dan bincang dengan keluarga. Ini tidak bermakna kamu tidak bertanggungjawab untuk anak-anak atau keluarga malah kerja. Malah ini boleh mengecas semula bateri dalam diri kamu.

Jagalah Kesihatan

Mula bersenam dengan kerap, pilih yang paling kamu suka dan jangan cepat bosan. Makan makanan berkhasiat, dapatkan tidur yang cukup serta minum banyak air.

Tahukah kamu kekurangan air menyebabkan dehidrasi, jadi tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik dan menyebabkan tekanan.

Jangan Banding Beza Dengan Orang Lain

Berhenti membandingkan diri dengan orang, ini tabiat yang selalu kita lakukan antara sedar atau tidak. Setiap orang mempunyai cara hidup, nasib, perjalanan hidup dan kebahagiaan mereka. Kita sama sekali tidak akan sama dengan yang lain.

Ingat, untuk sentiasa menghargai diri kamu sendiri.

Puji Dan Sokong Diri Kamu

Kritikan semata-mata akan merosakkan semangat tetapi pujian membinanya. Puji diri kamu seberapa banyak yang kamu boleh. Beritahu diri sendiri apa yang kamu sedang lakukan itulah yang terbaik.

Tepuk bahu kiri dan kanan, dan katakan kamu telah buat yang terbaik, sebagai contoh “Lisa, you’re fine. Just keep going”. Jika kamu tak puji dan sokong diri sendiri, siapa lagi nak lakukan itu semua.

Bekerja Lebih Efektif

Kurangkan membuang masa. Datang dan pulang dari kerja pada masa yang tepat, patuhi pengurusan masa. Dengan cara itu, kamu mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan diri sendiri.

Semoga tips ini bermanfaat untuk kamu semua, dan kita dapat mengenali diri sendiri dengan lebih baik lagi.

All the best, folks!

love myselfsayang diri sendiriself-love
https://lomp.at/pfnmz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
Inspirasi

Kenali Pearly Tan & M. Thinaah, Beregu Wanita Galas Emas Untuk Negara

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Nama Pearly Tan Koong Le, 25 dan M. Thinaah Muralitharan, 27 kini bukan lagi asing dalam dunia badminton antarabangsa. Detik...

Read moreDetails
Inspirasi

Kenali Bergson Da Silva ‘Raja Gol’ JDT, No.9 Harimau Selatan

by Ayu Kamaruddin
December 20, 2025

Nama Bergson Da Silva bukan lagi asing dalam landskap bola sepak tempatan. Penyerang import Johor Darul Ta’zim ini terus mencipta...

Read moreDetails
Automotif

Wakaf Kereta EV Untuk Madrasah, Ini 5 Kisah Inspirasi Tentang WAWO, Pengasas Go Auto

by Phic ARMAN
December 27, 2025

SosialBuzz kali ini membawa kisah inspirasi kepada pembaca MURAI tentang seorang usahawan yang memilih untuk berjaya dengan cara tersendiri. Di...

Read moreDetails
Inspirasi

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Hebat Bersama Yayasan Nurjiwa

by Phic ARMAN
December 24, 2025

Penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila Yayasan miliknya, Yayasan Nurjiwa, menerima Anugerah Yayasan Terbaik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore