Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Yoo Ah In Disiasat Polis Kerana Ubat Tidur ‘Propofol’. Ketahui Bahaya Sampai Boleh Bawa Maut?

by Lisa Ghani
February 10, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Ubat ini meragut nyawa lagenda Michael Jackson?

Dipetik daripada Soompi, Yoo Ah In yang merupakan pelakon hebt Korea telah menjalani siasatan polis berhubung dakwaan menggunakan propofol. Agensi Polis Metropolitan Seoul memanggil Yoo Ah In untuk disiasat atas dakwaan melanggar Akta Kawalan Narkotik.

Pelakon itu dilaporkan telah diarang meninggalkan negara manakala bulu badanaya telah diminta untuk dinilai oleh Institut Penyiasatan Saintifik Kebangsaan bagi mengesahkan penggunaan propofolnya.

Foto – The Independent

Propofol adalah ubat tidur dan adalah haram di Korea Selatan untuk menggunakannya di luar prosedur pembedahan.

Dipetik daripada Blog Dr Zubaidi, ubat propofol seharusnya diberikan di hospital untuk membius pesakit ketika pembedahan, bukannya untuk suka-suka atau untuk membantu tidur. Ini kerana, ubat Propofol adalah ubat penenang yang sangat kuat dan boleh menyebabkan tekanan darah pesakit menjadi sangat rendah.

Kadangkala pesakit boleh mengalami apnea, iaitu keadaan di mana pesakit tidak dapat bernafas dengan sendiri kerana otot-otot pernafasannya lemah dan tidak dapat berfungsi. Propofol juga boleh menyebabkan masalah degupan jantung tidak teratur. Penggunaan ubat ini juga boleh menyebabkan ketagihan.

Propofol adalah ubat penenang yang kuat, bukan seperti menelan painkiller yang lain. Oleh sebab kesan sampingan yang berbahaya, Propofol harus diberikan di hospital dan dipantau oleh kakitangan perubatan yang terlatih.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ubat tidur propofolYoo Ah-in
https://lomp.at/llwb1
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem