Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Dituduh Sakit? Ini Jawapan Siti Jamumall

by Arsiqin Yusof
February 12, 2023
Share on Facebook

Personaliti media sosial, Siti Jamumall menepis dakwaan netizen yang disifatkan tergamak menuduh dirinya sengaja berpura-pura sakit demi konten di media sosial.

Menurut Siti, dia ditidurkan semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab benjolan di leher, pada petang Jumaat.

Tak Tergamak Menipu

Tegas influencer berusia 23 tahun itu, dia tidak tergamak menipu orang ramai hanya untuk mengejar populariti semata-mata.

“Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.

“Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma.

“Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main.

“Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri.

“Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya.

Tidak Tersinggung

Tambah Siti, dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.

“Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu.

“Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana.

“Nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.

“Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja,” katanya lagi.

Meskipun sedang sakit, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin tetap memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.

“Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah.

“Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama.

“Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak,” kata Siti.

Dalam pada itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Yang mana mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya menutup bicara.

Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.

Lafaz Talak Depan 25K Penonton, Siti Jamumall Tunggu Keputusan 22 September!
Siti Jamumall
https://lomp.at/gl734
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara