Shamira Muhammad berusia 38 Tahun atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan juga seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Selepas isterinya Allahyarham Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 yang lalu, Shuib menguruskan sendiri anak-anaknya sehingga kini dengan bantuan dari ibunya. Bagi shuib menjaga anak-anak seorang diri bukanlah perkara yang mudah kerana dia juga perlu menjaga perniagaannya.
Namun baru-baru ini di tiktok milik kelab peminatnya, @shuibsepahtu53, memuatnaik sebuah video berdurasi 12 saat itu menulis Shuib memohon doa daripada orang ramai mengenai perkahwinannya nanti.
Insyaallah kami akan uar-uarkan.. Doakan majlis kami nanti dipermudahkan – katanya
https://www.tiktok.com/@shuibsepahtu53/video/7199533449282194715?lang=en&q=shuibsepahtu53&t=1676348205565
PEMINAT JUGA TURUT MENDOAKAN
Di ruangan komen video tersebut, dipenuhi dengan doa dari peminat shuib agar dipercepatkan dan dipermudahkan urusan majlisnya nanti.
Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi pengesahan rasmi dari tuan badan, malah di akaun peribadi Shuib, dia tidak menyatakan apa-apa mengenai perkahwinannya dengan Watie.
Walaubagaimanapun, sebelum ini Shuib menyatakan, dia dan pasangan pilihannya iaitu Watie kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Tambahan pula kata shuib, dia menginginkan anak-anaknya serta ibunya selesa dengan Watie sebelum mereka disatukan.
Bagi Shuib dia mendahulukan kemahuan dan keperluan ibunya serta anak-anaknya sebelum kemahuan dan keperluannya sendiri.
Dia menegaskan juga bahwa Watie mempunyai sikap yang sama seperti arwah isterinya iaitu penyayang, penyabar serta pandai mengambil hati pasangannya. Shuib berkata dia masih lagi merancang perkahwinanya itu cuma belum tahu bila tarikhnya.
Apapun MURAI MY turut mendoakan kebahagiaan Shuib dan bakal isterinya,
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.