Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Hartawan Hong Kong Joseph Lau Lelong 76 Beg Tangan Hermès. Rupanya Untuk Tujuan Ini…

by Lisa Ghani
February 14, 2023
Foto - Bloomberg

Foto - Bloomberg

Share on Facebook

Hartawan Hong Kong, Joseph Lau melelong berpuluh-puluh koleksi beg tangan mewah. Terdapat 77 beg bernilai keseluruhan USD 3.2 juta. Joseph Lau melelong begnya dalam talian melalui agensi lelongan Sotheby. Koleksi beg mewah terdiri daripada satu beg Chanel dan 76 beg Hermès.

Dipetik daripada South China Morning Post, walaupun dia telah melelong sejumlah beg tangan tetapi isteri dan ahli keluarga yang lain masih mempunyai lebih daripada 1,000 beg Hermès dalam koleksi mereka.

Foto – Hermès Bleu Jean Shiny Porosus Crocodile Birkin 25

Salah satu beg Hermès yang dilelong ialah Bleu Jean Shiny Porosus Crocodile Birkin 25 yang dikeluarkan pada 2006. Beg yang dhiasi dengan emas putih 18 karat dan berlian itu dijual pada harga USD 190,000. Terdapat juga koleksi beg Hermès edisi terhad oleh Jean-Paul Gaultier, yang berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama itu dari 2004 hingga 2010.

Menurut sumber rapat, hartawan 71 tahun itu telah membeli lebih daripada 1,500 beg tangan Hermès selama ini. Beg tangan tersebut diberi kepada ibunya, dua adik perempuan, ahli keluarga lain, teman wanita dan rakan wanita sebagai tanda penghargaan.

Foto – Bloomberg

“Kebanyakan beg tangan ini sangat jarang ditemui dengan gaya dan warna yang cantik. Ada yang bertatahkan berlian dan platinum serta diperbuat daripada kulit buaya yang berharga. Mereka boleh digelar pengumpul Hermès bertaraf dunia.”

Sebahagian hasil lelongan akan didermakan kepada badan amal. Dilaporkan, Joseph Lau akan melelong lagi koleksi beg tangan pada bulan Julai 2023.

Beg Hermès Birkin adalah antara yang paling mahal di dunia. Malah dikenali dengan senarai menunggu yang panjang dan lama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hermesjoseph lausothebys
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
LifeXplore

Hadiah Yang Ada ‘Soul’: Ferragamo Gabungkan Seni Kraf & Gaya Untuk Hari Bapa

by Phic ARMAN
June 13, 2026

Hari Bapa bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi waktu terbaik untuk menghargai pengorbanan dan jasa seorang ayah. Jika masih tercari-cari hadiah...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara