Lakonan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan menerusi filem terbarunya yang bertajuk Pathaan ternyata membuahkan hasil. Dilaporkan dari laman sesawang India, Times Now filem berkenaan berjaya meraih RM503 Juta selama 20 hari ditayangkan. Jumlah itu juga meliputi hasil dalam dan luar negara untuk tayangan filem berkenaan.
Pathaan merupakan filem arahan Siddarth Anand, telah memecahkan beberapa rekod di box office sejak dibuka lebih 100 negara pada 25 Januari yang lalu. Pelakon lain yang turut serta bagi menjayakan filem ini adalah Deepika Padukone dan John Abraham.
Kejayaan filem ini turut memberi impak yang positif terutamanya untuk industri perfileman Bollywood berbahasa Hindi selepas penutupan pawagam yang lama disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang lalu.
Di atas kejayaan filem tersebut, pasti akan ada beberapa individu yang tidak berpuas hati mengenai filem berkenaan. Mereka mengajak rakyat india memboikot filem ini, kerana wujud satu aksi di mana Padukone memakai pakaian dalam berwarna golden yellow dikaitkan dengan agama mereka.
Anak Kecil Memberitahu Dia Tidak Suka Pathaan, Ini Balas Shah Rukh Khan
Di dalam video yang berdurasi 7 saat itu, Dikongsikan oleh Abhishek Kumar di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak yang menjawab pertanyaan.
Filem manakah yang kamu sudah lihat, Ahana?
Pathaan – jawab Ahana
Adakah kamu menyukainya?
“Tidak” – balas Ahana
Akan tetapi Ahana tidak menjelaskan kenapa dia tidak menyukainya di dialam video tersebut namun meneruskan dengan senyuman tersipu malu.
Video berkenaan menarik perhatian Shah Rukh Khan.
Oh oh!! Terpaksa berkerja dengan lebih keras kerana saya tidak mahu penonton yang lebih muda kecewa – kata Shah Rukh Khan
Apa-apa pun MURAI MY mengucapkan Tahniah atas kejayaan filem Pathaan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.