Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Para Ibu Wajib Kena Ada ‘Me Time’, Ini Antara Idea Best Yang Patut Kamu Cuba…

by Soph Azz
February 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

29
KONGSIAN
Share on Facebook

Sama ada suri rumah atau bekerja, apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, memang tak dinafikan rutin harian mereka sangat mencabar.

24 jam sehari bagaikan tidak cukup kerana mereka terpaksa berkejaran untuk melakukan pelbagai tugasan, termasuklah urus hal rumah tangga, anak dan suami, makan minum serta kerja. Semuanya perlu bergerak dengan serentak.

Hal seperti ini boleh membuatkan para ibu menjadi sangat stress, kurang  bermotivasi dan juga burn out. Untuk elakkan perkara tersebut berlaku, para ibu perlu sekurang-kurangnya ada ‘Me Time’ sekali seminggu.

Dan dalam entri kali, Miss Murai nak kongsikan beberapa idea yang best patut para ibu cuba ketika nikmati ‘Me Time’.

‘Rehat’ di spa 

Disebabkan wanita terkenal sebagai manusia yang suka dibelai dan dimanja, Miss Murai cadangkan para ibu untuk hadiri sesi spa dan urutan untuk menyegarkan badan yang telah letih bekerja.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, wanita yang kerap ke spa dan berurut dikatakan lebih bahagia hidupnya berbanding mereka yang jarang atau tak pernah ke spa.

Sertai kelas kecergasan 

Ada sesetengah ibu, mereka mengisi momen ‘Me Time’ dengan menyertai beberapa kelas kecergasan. Antara kelas yang boleh kamu sertai adalah zumba, pilates, yoga, kickboxing, atau pun berbasikal.

Cari hobi sendiri di rumah 

Kalau rasa tak boleh berjauhan dengan suami dan anak, apa kata para ibu cari hobi sendiri di rumah? Antara hobi yang boleh dicuba adalah bercucuk tanam, membaca buku atau majalah, menonton filem atau drama mahu pun mengikuti kelas bakeri secara dalam talian.

Percutian… Tapi bersama rakan-rakan

Bagi para ibu yang mempunyai girl group atau rakan wanita yang rapat, apa kata kamu dan rakan-rakan pergi bercuti. Tak kiralah dalam atau luar negara, bercuti bersama dengan rakan boleh mengembalikan semula tenaga dan mood kamu.

Foto – Pinterest

Apabila bercuti dengan rakan, jangan pula kamu membawa anak atau suami ikut sekali ye. Tak salah sekali sekala tinggal mereka, kerana bila kamu pulang nanti melihat mereka tunggu di depan pintu menyambut kamu. Ketika itulah kamu akan rasa gembira dan bersedia untuk uruskan rumah tangga!

Membeli-belah atau window shopping

Paling senang untuk cas semula tenaga, Miss Murai sangat syorkan para ibu untuk keluar membeli-belah ketika hujung minggu atau anak dan suami ke sekolah dan kerja.

Foto – Pinterest

Kadang kala, tak perlu pun untuk beli-belah. Cukup window shopping saja pun sudah boleh kembalikan mood yang baik, positif dan bertenaga untuk lakukan rutin harian sebagai ibu.

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara wanita hilangkan stresshobi wanitaidea me time ibu
https://lomp.at/zeen5
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem