Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Tanda-Tanda Kamu Sebenarnya Berada Dalam Circle Kawan Yang Toksik

by Soph Azz
February 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Ramai yang anggap kalau tengah bersedih atau patah hati, mesti berlaku disebabkan oleh hubungan percintaan. Salah sama sekali ye, kerana hubungan persahabatan pun boleh patahkan hati seseorang tau…

Sama seperti hubungan percintaan, hubungan persahabatan juga boleh menjadi complicated; lebih-lebih lagi bila melibatkan hubungan yang toksik, negatif dan rakan yang tidak sefahaman dengan kamu.

Bila mempunyai kawan yang toksik; hubungan tersebut itu akan membuatkan diri kamu tidak menjadi diri sendiri dan berasa tertekan apabila berada bersamanya.

Dan sebab itulah sebelum nak berkawan rapat dengan seseorang;  kamu perlu scan terlebih dahulu personalitinya untuk elak daripada berkawan dengan orang yang toksik. Sambil scan, pastikan kamu perhatikan beberapa tanda berikut;

#1 Suka menjadi pengkritik 

Memiliki kawan seperti ini adalah sangat bahaya! Percayalah, kamu tidak akan selesa dan menjadi diri sendiri kerana setiap masa kamu akan dikritik. Daripada cara percakapan, berfikir, berpakaian dan semuanya akan dikritik.

Foto – Pinterest

Kamu tidak akan menjadi diri sendiri apabila bertemu dengannya kerana tekanan yang diberikan oleh rakan toksik ini sangat merimaskan; menjadikan hubungan persahabatan menjadi lemah dan tidak dapat bertahan dengan lama.

#2 Sangat kompetitif & tak boleh kalah 

Tak salah nak bersaing, tetapi pastikan persaingan itu adalah sihat dan bukannya toksik! Bila hubungan persahabatan sering jadi persaingan, kamu akan dapati hubungan tersebut menjadi tidak selesa dan kerap kali berlakunya pergaduhan.

Kebiasaannya, persaingan dalam persahabatan berlaku tanpa mengira situasi termasuklah menarik perhatian lelaki, pujian, pekerjaan, kehidupan dan lain-lain.

#3 Bersikap suka mengambil tanpa memberi 

Pernah tak kamu berada dalam situasi di mana kamu memerlukan pertolongan, tiada seorang pun membantu kerana dia rasakan perkara tersebut akan menyusahkan dirinya. Dan bila giliran mereka mahukan pertolongan, kamu sentiasa ada dan membantu?

Foto – Pinterest

Kalau ikutkan common sense, kawan yang sudah mengambil semestinya akan memberi semula tanpa berkira. Tetapi jika kamu memiliki rakan yang suka mengambil tanpa memberi, bolehlah nilai semula persahabatan kamu itu.

#4 Ambil kesempatan & pentingkan diri sendiri 

Realitinya, ramai individu di luar sana yang suka mengambil kesempatan ke atas kawan untuk kepentingannya. Kebiasaannya, mereka ini susah untuk dihubungi dan tak suka membantu rakan kerana memilikirkan ia bakal menyusahkan dirinya.

Foto – Pinterest

Tetapi bila memerlukan sesuatu barulah mereka akan mencari kamu. Individu sebegini akan sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang sering berkata “Ya” terhadap semua permintaannya.

Semoga bermanfaat!

ciri-ciri kawan toksikkawan toksiktanda kawan toksik
https://lomp.at/zhego
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara