Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Peminat Mula Rasa Pelik & Keliru Dengan Isu Rumahtangga Hafidz Roshdi,- “Nak Perhatian Atau Komplot Buat Drama?”

by Zaidin Albert
February 20, 2023
Share on Facebook

Pergolakan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri  telah menjadi isu sensasi sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, kisah orang ketiga menjadi punca dan gelagat aneh Hafidz di laman TikTok menjadi bualan hangat netizen.

Terdahulu, seorang wanita tampil memohon maaf di atas kesalahannya mengganggu rumah tangga pelakon Hafidz dan isteri.

Hafidz sebelum ini telah dikaitkan dengan cerita kecurangan apabila dia dikatakan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita.

Namun di saat isu ini menjadi panas, gelagat Hafisz di laman media sosial seolah-olah tiada apa yang berlaku. Terbaru, Hafidz telah memuatnaik sebuah video lipsync menyanyikan lagu Jangan Sakiti Aku dari band terkenal Indonesia, Radja.

@muhammadhafidzroshdi

Entah la nak #FYP #HafidzRoshdi #BerandaFYP

♬ original sound – Putri Fieyna – Putri Fieyna

Aksi Hafidz dalam video tersebut telah mengundang perhatian netizen sehinggakan ada yang menganggap pelakon ini dahagakan perhatian.

‘Lepas tengok beberapa video dia, apa yang saya boleh simpulkan di dahagakan perhatian. Rumahtangga tengah ada masalah pun dia masih boleh tersengih2 kat live. Netizens sudah-sudah lar layan dia. Biar dia mereput sendiri,’- tulis pengguna twitter

“Pada ketika ini, mamat ini jelas dahagakan perhatian. buat live macam tak mandi, buat live walk, buat video lipsync. Tolong henti berikan dia perhatian”- tulis netizen lain.

Tak kurang juga yang berpendapat, Hafidz memerlukan kontroversi sebegini bagi memastikan namanya kembali popular untuk membuka lebih luas tawaran berlakon.

“At this point aku rasa isu dia sekarang ni sebab tiada job. So terpaksa buat kontroversi untuk bagi orang tau dia ni hidup lagi”- tambah netizen.

Terdapat juga netizen yang berpendapat Hafidz dan isteri sengaja mencipta drama ini bagi mencetuskan kontroversi dan meraih perhatian peminat.

“Aku ada 2 pendapat:

1.Kalau betul dia curang, sekarang ni post dia dah mcm dia kena sakit mental.
2.Kalau dia sebenarnyer komplot dengan bini saja buat drama, dorang mmang clout chase x kene tempat, bende cam ni dorang buat gurau. Tapi apa persamaan antara dua2 ni, dua2 tindakan biul”- kata netizen.

Apa-apa pun ini semua sekadar spekulasi peminat. Benar atau salah, hanya tuan badan sahaja yang tahu dan sebagai peminat, kita seharusnya berdoa agar urusan  pasangan ini dipermudahkan.

Hafidz yang juga bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/v1n2q
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem