[VIDEO] Penampilan Terbaharu Adinda Putera Mateen, Putera Wakeel Buatkan Peminat Teruja, – ‘Comelnya Rambut’

584
KONGSIAN

Siapa sangka kini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘ Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah atau Putera Wakeel telah memasuki usia 17 tahun.

Putera Wakeel merupakan adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Iaitu zuriat ayahanda bersama personaliti TV dan usahawan, Azrinaz Mazhar.

Sama seperti Putera Mateen, baginda yang memilik paras rupa yang kacak juga sering mendapat perhatian rakyat Brunei mahupun di Malaysia. Sebuah akaun di Instagram peminat Putera Wakeel bernama @dytmabdulwakeel, telah memuatnaik video terbaharu beliau di dalam Istana. Dalam video itu menunjukkan Putera Wakeel dilihat berjalan bersama kerabat diraja yang lain di dalam sebuah acara rasmi.

Diruangan komen kelihatan ramai yang memuji ketampanan Putera Wakeel malah rata-rata netizen teruja melihat penampilan Putera Wakeel begitu comel dengan rambut panjangnya.

Sekadar info, baginda mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) di Kampong Sungai Hanaching. Kemudian baginda meneruskan pendidikannya ke  Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).

Putera Wakeel merupakan anakanda pertama hasil perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Selain Putera Wakeel, seorang lagi anakanda Azrinaz yang berada di Brunei ialah Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2005 sebelum berpisah pada Jun 2010.

+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN