• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Jangan Salah Faham, Kamu Mungkin Bukan Introvert Tapi Sedang Alami Depresi

by Soph Azz
February 22, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Walaupun mengandungi konsep yang berbeza dan saling berkait antara satu sama lain; tak dinafikan masih ramai yang keliru antara depresi dan introvert.

Info: Introvert adalah sifat seseorang individu yang lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang lain. Meskipun individu ini terlibat dengan aktiviti sosial yang best, situasi tersebut akan buat mereka menjadi letih dan memerlukan masa untuk ‘cas’ semula tenaga.

Info: Depresi pula ada gangguan mental yang boleh menjejaskan mood dan kebolehan seseorang. Apabila tertekan, seseorang individu itu boleh rasa sedih berpanjangan, putus asa, rasa tak bernilai dan sukar untuk lakukan sesuatu.

Kalau kamu rasakan seperti diri kamu seorang introvert tapi tak tahu sama ada betul introvert atau depresi, atau sebaliknya, cuba perhatikan tanda-tanda berikut. Mungkin kamu sebenarnya sedang alami depresi dan bukannya introvert…

Tiada tenaga dan motivasi 

Menurut Psych2go, salah satu tanda depresi yang biasanya kita nampak dan rasa adalah kekurangan tenaga serta motivasi.

Foto – Pinterest

Contohnya, perkara kecil boleh nampak susah dan mustahil, serta perkara yang kamu suka lakukan pun akan berhenti kerana tiada motivasi untuk teruskannya. Situasi ini bukanlah menandakan kamu seorang introvert, tetapi depresi ye.

Alami perubahan dalam diet 

Foto – Pinterest

Sekiranya seseorang itu ada perubahan dalam dietnya, mungkin secara tak langsung ia berkaitan dengan kesihatan mentalnya. Apabila seseorang itu mempunyai berat badan naik atau turun dengan mendadak tanpa disedari, ia adalah tanda depresi yang jelas.

Ada keinginan untuk bunuh diri

Dipetik daripada Healthline, tanda-tanda individu depresi adalah mereka cenderung untuk membunuh diri. Dan kebiasaannya sebelum sampai ke tahap itu, mereka akan terlebih dulu mencederakan diri sendiri. Sama ada kelarkan tangan, hentak kepala di dinding atau mendera diri sendiri.

Rasa diri tak berguna dan berharga

Setiap orang mempunyai satu titik atau perkara yang perlu mereka kecapi dan kembangkan dalam diri. Tetapi bila rasa putus asa, tak bernilai dan tak berguna, seseorang itu akan hilang fokusnya serta tidak menjumpai perkara yang mereka ingin kembangkan.

Foto – Pinterest

Psst… Malah mereka yang taksub dengan kehidupan lalu pun, boleh disyaki sebagai salah satu tanda depresi.

Selalu rasa letih dan susah nak tidur 

Bila badan sudah rasa kurang tenaga dan letih tetapi dalam keadaan tertekan, ia boleh mencetuskan gejala depresi yang berlebihan. Kesannya ia menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah tidur atau insomnia.

Foto – Pinterest

Bila terjadinya insomnia, ia boleh sebabkan rasa kebimbangan yang melampau dan menjejaskan rutin harian kamu.

Jika kamu ada tanda-tanda berikut, jangan lengahkan masa untuk dapatkan bantuan ye…

beza introvert dan depresitanda depresitanda introvert
https://lomp.at/rw8pj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
missmurai

“Mentua VS Menantu”- 5 Penyebab Kenapa Ramai Wanita Yang Tak ‘Ngam’ Dengan Mentua

by Soph Azz
April 26, 2023

Psst... Kamu perasan tak yang tak semua wanita baik dengan mentua? Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah....

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore