Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Sihat Atau Sakit? Check Kuku Kalau Nak Tahu Tahap Kesihatan Kamu!

by Soph Azz
February 24, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

158
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah kamu tahu bahawa masalah kesihatan seseorang itu boleh dilihat melalui keadaan kuku? Sama ada bertompok putih, merah atau rapuh, setiap satunya ada maksud tersendiri.

Perhatikan kuku kamu sekarang, dan cuba selarikan dengan beberapa keadaan kuku yang berikut. Bukan apa, bolehlah kamu tahu apa masalah kesihatan dan dihadapi dan seterusnya membuatkan kamu bersedia untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

Semak di bawah;

#1 Kuku rapuh 

Foto – Pinterest

Kuku yang kering, rapuh atau kerap patah ini menunjukkan tanda masalah kesihatan iaitu penyakit tiroid. Dan kuku retak atau terbelah dengan warna kuning pula, menunjukkan jangkitan kulat.

#2 Kuku beralun 

Kuku beralun dengan garis menegak atau beralun pula, menunjukkan masalah kesihatan buah pinggang dan tulang. Manakala permukaan kuku bergelombang atau berlubang pula, boleh menjadi tanda psoriasis atau athritis.

Foto – Pinterest

Jalur menegak disertai perubahan warna kuku adalah tanda anemia. Garisan mendatar menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.

#3 Berbintik putih 

Foto – Pinterest

Bila ada bintik-bintik putih di kuku, ia boleh menjadi tanda bahawa badan kamu kekurangan zink dan kalsium. Ianya tidaklah bahaya, cuma kamu perlu tingkatkan tahap pengambilan  nutrisi untuk elak masalah kesihatan lain pada masa akan datang.

#4 Pucat atau kuning 

Kuku pucat mencerminkan masalah kesihatan yang melibatkan hati, buah pinggang atau jantung. Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.

Foto – Pinterest

Kuku kuning pula dikaitkan dengan  masalah bronkitis kronik, tiroid, paru-paru, diabetes atau psoriasis.

#5 Ada garisan hitam 

Garisan hitam di kuku boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma atau tersepit pintu. Dan keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti melanoma atau kanser.

Foto – Pinterest

Kalau perasan garisan hitam ini sudah berada di kuku terlalu lama, cepat-cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan okay?

#6 Tiada bentuk bulan sabit 

Siapa yang ada bentuk bulan sabit berwarna putih di kukunya, bermakna dirinya adalah sihat. Tapi kalau tiada, ia membawa maksud  badan kamu kekurangan zat, kemurungan atau anemia.

Foto – Pinterest

Berjumpa dengan doktor kalau kuku nampak merah dan alami simptom seperti pening, gelisah atau sakit kepala.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
jenis kukumasalah kesihatan kukutanda kuku bermasalah
https://lomp.at/f521c
Share63Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem