Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

“Jom Girlcation?” – Tak Perlu Pergi Jauh, Check-In Je W Kuala Lumpur!

by Lisa Ghani
February 28, 2023
Foto - W Kuala Lumpur

Foto - W Kuala Lumpur

Share on Facebook

Girlcation adalah momen menyeronokkan bersama gadis-gadis kamu. Mencuba perkara yang baru dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Sama ada kamu berjumpa kawan kamu setiap hari atau berkumpul setahun sekali, girlcation adalah peluang yang sesuai untuk meluangkan masa bersama antara satu sama lain.

Kalau rasa tak mahu pergi jauh sehingga memerlukan passport, check-in sahaja hotel mewah. Sambil bersuka ria, kamu boleh healing di beberapa port menarik yang ada di hotel.

Idea penulis adalah W Kuala Lumpur. Berkesempatan staycation 3H2M di W Kuala Lumpur, penulis memang puas hati dengan setiap aktiviti dan dapat berehat secukupnya di sana.

Check-In Di W Kuala Lumpur Paling Selesa!

Lari sekejap dari hiruk pikuk bandar yang sibuk dan menginap di satu tempat yang healing. W Kuala Lumpur membuka pintu pada 23 Ogos 2019 di tengah-tengah ibu negara, hanya beberapa langkah dari Menara Berkembar Petronas.

Foto – W Kuala Lumpur
Foto – W Kuala Lumpur

W Kuala Lumpur menggabungkan warna lama dan baru, aroma dan bunyi. Ia mengambil ilham daripada budaya pelbagai etnik  yang terdapat di Malaysia. Elemen motif batik bersama lampu chandelier ilham buluh, W Kuala Lumpur ada daya penariknya tersendiri.

Sekali kamu melangkah masuk W Kuala Lumpur, pasti akan terpesona dengan dekorasi setiap perincian ruang hotel. Cukup selesa dan senang dilihat.

Hotel lima bintang ini mempunyai 150 bilik dan suite yang bergaya, termasuk dua suite WOW dan Extreme WOW. Dengan ruang tamu lebih 520 meter persegi, Suite Extreme WOW membawa tahap kemewahan eklektik baru ke bandar.

Foto – W Kuala Lumpur
Foto – W Kuala Lumpur

Semua bilik dan suite W Kuala Lumpur merangkumi kedua-dua elemen tradisional dan moden Jungle City, menggabungkan barangan keperluan W seperti katil W khas dengan aksen tradisional seperti jumbai ‘Wau’ asli yang biasanya dipaparkan pada layang-layang Malaysia dan versi reka bentuk batik pixel.

Nak Makan Di Mana?

Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam, W Kuala Lumpur berikan pilihan terbaik untuk kamu dan para gadis. Terdapat 4 restoran/kafe/bar yang boleh kamu cuba;

  • FLOCK – Restoran Pan-Asia yang menyajikan pelbagai hidangan menarik yang disediakan oleh chef berbakat.
Foto – W Kuala Lumpur
  • WET® Deck – Bar kolam yang menampilkan ramuan kreatif, dengan pemandangan Menar Berkembar Petronas yang menakjubkan sebagai latar belakang.
Foto – W Kuala Lumpur
  • WOOBAR – Nikmati cocktail dan hi-tea, WOOBAR adalah ruang sosial bergaya sesuai untuk melepak sepanjang hari.
Foto – W Kuala Lumpur
  • YEN – Menawarkan suasana imperial dengan sentuhan kontemporari pada resipi Kantonis tradisional dan pelbagai pilihan makanan laut segar.
Foto – W Kuala Lumpur

Kalau nak lagi best, girlcation pada hujung minggu. Sebab apa? Ada tawaran menarik yang disediakan W Kuala Lumpur, tak mungkin kamu akan lepaskan.

W Kuala Lumpur Lancar Celestial Rhapsody, Gabungan Berani Festival Mid-Autumn

Friday Fete

TGIF! Cara terbaik untuk meraikan TGIF kamu dengan pesanan all-you-can-eat bersama besties kesayangan.

  • RM288 setiap orang, termasuk mocktail, minuman ringan dan jus terpilih
  • RM456 setiap orang, termasuk cocktail, wain dan bir.

Sunday Affair

Sambil berseronok, jangan lupa sunday brunch. Ini adalah tradisi hujung minggu W Kuala Lumpur, menikmati sunday brunch dengan penuh bahagia.

  • RM288 setiap orang termasuk mocktail, minuman ringan dan jus terpilih
  • RM456 setiap orang, termasuk cocktail, wain dan bir.

Jom Glowing Bersama-Sama

Kamu dan para gadis boleh memanjakan diri dengan kehangatan dan kemewahan servis di AWAY®Spa. Dengan lima bilik rawatan, oasis seluas 1,100 meter persegi ini menawarkan urutan dan rawatan seperti Aromatherapy Steam Bath, Bio Sauna Infrared Lights, dan Vitality Pool.

Foto – W Kuala Lumpur

Dibuka pada hari Rabu hingga Ahad, kamu boleh membuat temu janji dengan menekan link ini.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, lawati laman web rasmi w-hotels.marriott.com.

Sekali dah menginap di sini, confirm akan datang lagi.!

girlcationreview hotelw kuala lumpur
https://lomp.at/3wwvj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Tahu, Emirates Ada Cara Bantu Anak Autisme ‘Practice’ Sebelum Terbang

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau travel bagi kita nampak seronok, hakikatnya ada juga keluarga yang rasa ia satu cabaran besar, terutama yang ada anak...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara