• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Rancang Nak Kahwin Tahun Ini? Cuba Bincang Beberapa Perkara Ini Sebelum Kahwin…

by Soph Azz
March 1, 2023
Foto - Parade

Foto - Parade

Share on Facebook

Tak dinafikan memang seronok bila nak berkahwin, tetapi tahukan kamu perkahwinan itu bukanlah satu perkara yang mudah dan main-main. Ada banyak tanggungjawab yang kamu perlu galas selepas berkahwin.

Tak kiralah lelaki atau wanita, setiap individu mempunyai beberapa perkara yang mereka jarang kongsikan dengan pasangan sebelum berkahwin. Buat pasangan yang merancang nak berkahwin, ada beberapa perkara yang kamu perlu bincang dengan pasangan sebelum bergelar suami isteri.

Daripada soal kewangan, rutin harian, hubungan seks hingga ke topik kesihatan, berikut adalah beberapa perkara yang kamu dan pasangan perlu berbincang sebelum kahwin.

Tahap kesihatan 

Dalam sesebuah hubungan, penting untuk setiap individu tahu apakah tahap kesihatan pasangan mereka. Adakah sakit, kalau sakit seteruk manakah sakit mereka? Adakah mereka ambil ubat-ubatan yang disyorkan? Atau seberapa kerap mereka perlu berulang alik ke hospital bagi melakukan rawatan?

Ruang peribadi (me-time)

Bincangkan seberapa penting ruang peribadi atau me-time pada diri kamu dan pasangan serta berapa lama kamu perlukan.

Foto – Pinterest

Me-time secara realitinya tidak perlu menjauhkan diri daripada pasangan pun, cumanya kamu perlukan ruang untuk segarkan fikiran dan beri perhatian pada diri sendiri untuk kebaikan mental serta fizikal.

Situasi kewangan peribadi 

Penting untuk setiap pasangan tahu bagaimana situasi kewangan masing-masing. Tujuannya adalah untuk mudahkan kamu tetapkan berapa kos perbelanjaan keluarga dan keadaan hutang masing-masing (jika ada). Antara topik kewangan yang boleh kamu bincang dengan pasangan adalah:

  • Cara menangani hutang
  • Nafkah isteri
  • Belanja keperluan rumah
  • Perbelanjaan perubatan
  • Simpanan kecemasan

Rutin mengunjungi keluarga

Foto – Pinterest

Antara yang terpenting untuk dibincangkan kerana ia boleh mengelakkan berlakunya salah faham antara pasangan dan keluarga. Kamu dan pasangan perlu berbincang berapa kekerapan untuk pulang mengunjungi keluarga dalam seminggu atau sebulan. Pastikan jumlah pulang berkunjung itu adil dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Isteri: perlu bekerja atau tidak? 

Bagi wanita, penting untuk mereka tahu sama ada pasangan mereka membenarkan bakal isterinya bekerja selepas berkahwin. Sekiranya bakal suami kamu tak benarkan kamu bekerja, cuba bincangkan tentang duit kecemasan yang mampu mereka sediakan.

Foto – Pinterest

Atau bakal suami benarkan kamu bekerja, kerja dan simpan duit simpanan sendiri tanpa perlu mereka tahu. Tujuannya utk kecemasan kamu sendiri atau bantu keluarga pada saat-saat genting.

Jangkaan dalam hubungan seks 

Mungkin ada yang anggap tidak perlu, sebenarnya topik ini perlu dibincangkan. Ia adalah untuk kamu dan si dia tahu apa jangkaan masing-masing dalam hubungan seks. Antara soalan yang boleh dibincangkan adalah:

Foto – Pinterest
  • Seks dan keintiman yang kamu mahukan
  • Jenis sentuhan yang tidak menakutkan atau menimbulkan trauma
  • Bahagian badan mana yang mudah sensitif apabila disentuh
  • Bahagian badan yang mana tidak boleh disentuh
  • Kekerapan hubungan seks antara pasangan

Topik keluarga dan rumah tangga 

Topik yang penting untuk dibincangkan antara pasangan, dan soalan-soalan yang perlu kamu bincangkan adalah:

Foto – Pinterest
  • Jangkaan berapa orang anak
  • Perbelanjaan anak
  • Tahap pendidikan anak
  • Siapa yang perlu melakukan kerja rumah
  • Penglibatan dan pembahagian kerja rumah
  • Peranan suami isteri dalam rumah tangga
  • Bagaimana nak bahagikan masa kerja dan kerja rumah

Semoga bermanfaat!

perbincangan sebelum kahwinpersiapan perkahwinantips kahwintopik sebelum kahwin
https://lomp.at/qdpjj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

by Phic ARMAN
December 9, 2025

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok @onnhafiz baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila memaparkan detik penuh emosi di Majlis...

Read moreDetails
Automotif

Wakaf Kereta EV Untuk Madrasah, Ini 5 Kisah Inspirasi Tentang WAWO, Pengasas Go Auto

by Phic ARMAN
December 27, 2025

SosialBuzz kali ini membawa kisah inspirasi kepada pembaca MURAI tentang seorang usahawan yang memilih untuk berjaya dengan cara tersendiri. Di...

Read moreDetails
Inspirasi

Berinspirasikan Switzerland! Dua Sekolah Tempatan Rangkul Juara LEGO Asia

by Phic ARMAN
October 1, 2025

Johor Bahru kembali meriah hujung minggu lalu apabila LEGOLAND® Malaysia Resort menjadi lokasi final LEGOLAND® School Challenge 2025 pada 21...

Read moreDetails
Inspirasi

Comel… Sultan Pahang Main ‘Pickleball’ Bersama Cucu, Rakyat Terhibur

by Farah Fatihah
December 2, 2025

Sebuah video yang kini tular di TikTok @editzzby_ah  memaparkan sisi manis keluarga diraja apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Read moreDetails
Inspirasi

Matrade KL Hidupkan Impian Pengantin Dengan Resepsi ‘Fairy Tales’ Serba Magis

by Phic ARMAN
December 10, 2025

Matrade KL baru-baru ini berubah menjadi ‘alam kayangan’ apabila Wedding Showcase 2025 bertemakan Fairy Tales berlangsung penuh meriah. Acara anjuran...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore