Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Safilo Kenalkan Koleksi Musim Panas/Bunga 2023, Ada 10 Jenama Kaca Mata Yang Cool!

by Soph Azz
March 1, 2023
Foto - Safilo Group

Foto - Safilo Group

Share on Facebook

Baru masuk bulan Mac, Miss Murai tak boleh elakkan diri daripada mengikuti aliran fesyen kaca mata pada tahun ini. Dan baru-baru ini Safilo Group memperkenalkan koleksi kaca mata Musim Panas/Bunga 2023; yang highlightkan trend kaca mata lelaki dan wanita untuk tahun 2023.

Daripada bingkai optik, kaca mata sukan, bingkai warna-warni hingga ke kaca mata hitam; berikut adalah 10 jenama kaca mata yang perlu kamu dapatkan bagi mengikuti trend terkini daripada Safilo!

BOSS 

BOSS Eyewear adalah untuk mereka yang menjalani kehidupan dengan tekad, menentukan gaya sendiri, bersemangat dan ada tujuan.

Foto – Safilo Group

Koleksi ini menawarkan identiti yang  berani, dengan reka bentuk yang dinamik dan moden bagi membentuk gaya yang lengkap!

Foto – Safilo Group

Carolina Herrera 

Koleksi Carolina Herrera kali ini mencerminkan idea kewanitaan yang klasik dan kotemporari yang terdiri daripada barisan kaca mata hitam dan bingkai optik.

Foto – Safilo Group
Foto – Safilo Group

Sama ada bingkai asetat, logam atau gabungan kedua-duanya, kamu boleh dapatkan dalam bentuk segi empat sama, rama-rama atau cat eye yang diperibadikan dengan tag logo monogram merah ikonik atau sisipan 3D bulat pada hujung kuil.

Carrera 

Berbingkai tebal, berani dan atletik mencerminkan identiti Carrera dalam trend kaca mata pada tahun 2023.

Foto – Safilo Group

Daripada kaca mata hitam, athleisure hingga ke optik, berikut adalah kaca mata Carrera yang cool pilihan Miss Murai!

Foto – Safilo Group

Fossil 

Jenama Fossil pula mengetengahkan konsep simple dan santai bagi menyerlahkan lagi penampilan si pemakai tanpa memerlukan effort ekstra ketika bergaya.

Foto – Safilo Group

Jimmy Choo 

Menyerlahkan lagi identiti Jimmy Choo, si pemakai secara effortless akan nampak lebih bergaya dan mahal ketika mengenakan kaca mata jenama ini, tak kiralah bingkai optik atau pun kaca mata hitam.

Foto – Safilo Group

Kate Spade 

Dengan personaliti cheerful, Kate Spade memperkenalkan barisan kaca mata hitam dan bingkai optik yang diperincikan dengan ciri yang lebih unik dan ceria!

Foto – Safilo Group

Levi’s 

Direka khas untuk golongan Gen-Z, koleksi ini menampilkan kaca mata hitam dan bingkai optik bagi lelaki serta wanita yang mencari gaya terkini dan mengikuti trend terbaru!

Foto – Safilo Group

Marc Jacobs 

Dengan sentuhan klasik dan moden, memang rugi kalau tak dapatkan kaca mata daripada Marc Jacobs!

Foto – Safilo Group

Polaroid 

Daripada kanak-kanak hingga ke dewasa, Polaroid memperkenalkan barisan kaca mata yang cool dengan rona warna-warninya!

Foto – Safilo Group

Under Armour 

Kaca mata yang dibina khas untuk atlet ini sememangnya tidak mengecewakan. Dengan rekaan bingkai dan cermin mata yang cool, pasti buatkan si atlet kekal bergaya walaupun tengah bersukan.

Foto – Safilo Group

Bagi Eyewear by David Beckham pula, Safilo akan perkenalkan barisannya secara rasmi bermula pada 9 Mac 2023 nanti!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kaca mata safilokoleksi safilo 2023safilo ss23
https://lomp.at/6qb04
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem