Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Uban Boleh Tumbuh Dengan Cepat Kalau Terbuat Perkara Ini…

by Soph Azz
March 2, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

579
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain daripada stress, genetik, diet tak seimbang hingga ke merokok; uban di kepala kita boleh juga muncul jika kamu tak tahu teknik penjagaan rambut yang betul.

Apabila tidak tahu cara yang betul nak jaga atau mencuci rambut, keadaan rambut kamu mudah terjejas dan rosak. Akhirnya nampak uban-uban tumbuh, menandakan rambut kamu sedang alami proses penuaan.

Sebenarnya mudah sahaja kalau kamu nak elak uban tumbuh di kepala, terutamanya ketika menjaga rambut. Yang penting kamu jangan sesekali atau tinggalkan perkara berikut…

Pakai syampu yang salah 

Mungkin ada di antara suka ambil mudah tentang hal ini, tapi untuk pengetahuan kamu pakai syampu yang salah merupakan antara punca utama kenapa uban tumbuh.

Foto – Pinterest

Pilih syampu mengikut jenis rambut dan keadaan kulit kepala ye. Bukan saja elak uban, boleh juga kurangkan keguguran dan menjaga keadaan rambut.

Sikat rambut ketika basah 

Ramai yang suka lakukan perkara ini kerana mereka ingatkan sikat ketika basah lebih mudah untuk urus rambut berbanding ia kering. Bagi rambut lurus, sikat ketika basah boleh buatkan rambut jadi mudah rapuh dan gugur. Psst… Si keriting pula kena sikat ketika basah ye, untuk elak daripada rambut menjadi kusut dan susah untuk disikat akibat bergulung.

Guna air yang terlalu panas 

Ada yang fikir bahawa cuci rambut dengan air panas itu lebih baik  berbanding air sejuk. Sebenarnya salah kerana suhu air yang terlalu tinggi boleh rosakkan batang rambut dan jadikan kulit kepala lebih kering.

Tergesa-gesa ketika mencuci rambut 

Mencuci rambut ketika mandi, kamu tak boleh lakukannya dengan tergesa-gesa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan nikmati masa tersebut kerana ia membuatkan otot badan jadi lebih relaks.

Foto – Pinterest

Kalau tergesa-gesa, rambut boleh jadi rosak. Bukan itu saja, lebihan produk syampu atau perapi boleh berkumpul dan memberi kesan pada kulit kepala. Cuci dengan bersih, dan kalau rasa rambut masih kotor, ulang proses  mencuci.

Terlalu kerap atau jarang-jarang cuci rambut 

Kalau kamu nak tahu, tak ada pun jadual berapa kerap atau bila tak boleh cuci rambut. Bergantung pada keadaan rambut dan kepala masing-masing, cuci rambut bila perlu sahaja. Maksudnya jangan terlalu kerap atau terlalu jarang cuci rambut.

Kalau terlalu kerap cuci, rambut boleh jadi rosak. Dan kalau kamu ada guna dry shampoo, jangan terlalu kerap juga ye kerana ia boleh sumbatkan akar rambut.

Semoga bermanfaat ye!

What’s your Reaction?
+1
5
+1
3
+1
3
+1
1
+1
1
+1
2
punca ubantanda-tanda ubanteknik cuci rambut betul
https://lomp.at/vrer8
Share232Tweet145SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem