Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Khas Untuk Wanita, ZCOVA Tawarkan 9 Jenis Pendant Untuk Kamu Perkasakan Diri Sendiri!

by Soph Azz
March 2, 2023
Foto - ZCOVA

Foto - ZCOVA

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Dicipta oleh wanita kepada wanita, barang kemas ZCOVA memperkenalkan rantai leher yang digandingkan bersama rekaan pendant yang unik. Pendant ini direka khas berdasarkan perkataan yang memperkasakan; sebagai peringatan kepada wanita di luar sana bahawa kita adalah makhluk yang unik; yakin, disayangi dan mampu untuk mencapai apa sahaja yang kita mahukan.

Frasa yang mengandungi tenaga positif yang ditawarkan oleh ZCOVA mempunyai ‘kuasa magik’ untuk mengawal minda seseorang. Bayangkan apa yang kamu rasa bila ada yang puji atau ucapkan kata-kata positif; kamu semestinya rasa lebih bersemangat dan teruja secara tak langsung kan?

Menerusi pengenalan pendant yang unik ini, ukir pendant kamu berdasarkan frasa kesukaan kamu seperti “Self-Love”, “Heal”, “Believe” dan banyak lagi seperti:

Foto – ZCOVA
  • To Heal – Diukir dengan bunga teratai, ia mewakili simbol kesucian, kelahiran semula dan kekuatan menjadi peringatan untuk kamu terus melangkah dan hadapi cabaran hidup di samping mencari kekuatan untuk sembuh.
  • To Let Go – Berukiran ombak laut dengan latar belakang matahari, ia adalah peringatan yang kamu perlu lepaskan dan terima untuk menyembuhkan serta berdamai dengan diri sendiri.
  • To Believe – Bermotifkan rama-rama yang wakili tranformasi dan pertumbuhan, peringatan bahawa kamu boleh lakukan apa saja yang kamu fikirkan dan percaya.
Foto – ZCOVA
  • To Have Hope – Bermotifkan burung kolibri yang merenung matahari, pendant ini mewakili simbol harapan dan cita-cita.
  • To Have Courage – Diukir dengan harimau yang garang dan berkuasa, menjadikan peringatan untuk sentiasa mempunyai keberanian untuk merebut peluang dan mengatasi halangan dalam mengejar impian kamu.
  • To Have Self-Love – Diukir dengan bunga dandelion, kecantikan dan kehidupan bertahan dengan lama walaupun ditiup dengan angin kencang. Ia menjadi peringatan bahawa nikmati setiap saat kerana kehidupan adalah singkat, dan belajar untuk cintai diri sendiri.
Foto – ZCOVA
  • To Have Positivity – Bermotifkan matahari, pendant ini berfungsi sebagai peringatan bahawa kamu akan lebih bahagia apabila  mempunyai hati yang  besar dan menerima sesuatu seadanya.
  • To Have Gratitude – Menampilkan ukiran bapa dan anak, ia adalah peringatan untuk kamu ingat semula asal usul dan bersyukur dengan apa yang kamu ada.
  • To Grab Onto Opportunities – Ukiran tangan menggenggam matahari menunjukkan kamu tidak boleh lepaskan peluang yang dibentangkan di hadapan kamu.

Pendant ini disediakan sama ada secara tunggal atau bersama dengan rantai dengan harga:

  • Loket Emas 14K (tidak termasuk rantai) – RM1499
  • Loket Emas 14K (dengan 18K emas, 16 inci rantai) – RM1899
  • Loket Emas 18K (tidak termasuk rantai) – RM1999
  • Loket Emas 14K (dengan 18K emas, 16 inci rantai) – RM2399
Foto – ZCOVA

Dapatkan pendant berdasarkan frasa kegemaran kamu di salah satu bilik pameran ZCOVA; sama ada di Petaling Jaya, Johor atau Pulau Pinang dengan penghantaran insurans global percuma untuk semua pesanan. Lawati web ZCOVA, Instagram atau Facebook untuk maklumat lanjut.

barang kemas zcovazcovazcova pendant
https://lomp.at/t0q8i
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem