Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tips “Dos & Don’ts” Kalau Kulit Wajah Buat Hal Ketika Musim Tengkujuh

by Soph Azz
March 3, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila tibanya musim tengkujuh, tak dinafikan ramai yang alami perubahan keadaan kulit disebabkan cuaca yang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas, membuatkan kulit turut menghadapi masalah.

Mungkin ada yang rasakan kulitnya okay dalam apa jenis cuaca. Bagi sesetengah orang pula, ada yang alami perubahan kulit yang drastik. Sama ada menjadi terlalu kering, jerawat mula tumbuh, merengsa, kemerahan atau bersisik.

Kamu perlu tahu bila cuaca berubah-ubah, rutin penjagaan wajah dan produk skincare kamu juga perlu berubah untuk disesuaikan dengan cuaca semasa. Kalau kamu rasa kulit kamu menjadi sangat bermasalah ketika musim tengkujuh, Miss Murai syorkan untuk kamu amalkan tips berikut:

Tips untuk jenis kulit…

Untuk si kulit berminyak, kamu perlu mengawal rembesan minyak kerana ia boleh memerangkap kotoran yang menyumbat liang pori di wajah. Kesannya wajah akan naik jerawat, blackheads dan whiteheads. Jadi apa yang kamu perlu lakukan adalah:

Foto – Pinterest
  • Exfoliate wajah menggunakan scrub yang lembut atau bahan semula jadi seperti kopi, yogurt, madu atau teh hijau untuk mengawal pengeluaran minyak wajah.
  • Kerapkan penggunakan clay mask seperti Multani Mutti kerana ia berkesan dalam elakkan lebihan minyak wajah.
  • Guna produk bebas kimia dan lebih semula jadi.

Manakala bagi kulit combination dan kering pula, kamu perlu beri perhatian pada teknik yang boleh buatkan wajah kekal hidrasi dan lembap sepanjang masa seperti:

Foto – Pinterest
  • Cuci wajah menggunakan pembersih yang berfokuskan pada penghidratan.
  • Kunci kelembapan wajah dengan pelembap yang bertekstur krim atau lebih tebal.
  • Pastikan tidak abaikan penggunaan toner ye kerana ia boleh bantu kulit menyerap produk lain dengan lebih berkesan.

“Dos & Don’ts” sepanjang musim tengkujuh

Percayalah tak kira apa musim sekalipun, ada yang ‘malas’ atau tidak tahu mereka perlu menukar rutin penjagaan wajah mereka mengikut cuaca. Bagi musim tengkujuh, kamu perlu cipta rutin baru atau adjust rutin sedia ada mengikut keadaan kulit seperti:

Foto – Pinterest
  • Rutin sedia ada diperkuatkan lagi dengan kekerapan penggunaan sunscreen bagi melindungi wajah daripada sinaran UV dan sebagainya memandangkan kita akan berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Tukar kepada scrub yang menggunakan bahan semula jadi untuk tidak hilangkan minyak semula jadi daripada wajah.
  • Guna pembersih wajah yaang bebas bahan kimia seperti silikon, alkohol, paraben atau sulfat.
Foto – Pinterest
  • Kerap gunakan serum, tapi pastikan sesuai dengan keadaan kulit.
  • Pastikan kamu guna Vitamin C atau AHA bagi membuang minyak berlebihan dan bakteria serta mengekalkan minyak semula jadi yang diperlukan wajah.
  • Amalkan diet yang sihat dan minum air dengan secukupnya untuk hidratkan diri sepanjang musim tengkujuh.

Kalau rasa wajah bermasalah sepanjang musim tengkujuh, cuba amalkan tips di atas ye. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara jaga wajahtips kulit berseritips kulit flawless
https://lomp.at/vcaei
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem